Wednesday, 17 October 2018

SPRM Buat Kejutan Di Pemilihan PKR

SPRM Buat Kejutan Di Pemilihan PKR. Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berada di kesemua lokasi pengundian pemilihan PKR Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini, bagi mencegah amalan politik wang.

Pengerusi PKR negeri Aminuddin Harun berkata, pihaknya difahamkan penguatkuasa agensi tersebut akan membuat pemantauan di kesemua lapan lokasi pusat pemilihan.

SPRM Buat Kejutan Di Pemilihan PKR.  “Kalau perlu, kita akan jemput SPRM untuk membuat pemantauan walaupun sebenarnya kita tahu mereka akan sentiasa memantau jika ada proses pemilihan atau pengundian di seluruh negara ini juga termasuklah dengan Negeri Sembilan.

“Kita harap semua pihak dalam parti pertahankan prinsip reformasi yang diperjuangkan sejak awal penubuhan PKR hampir 20 tahun lalu ini termasuklah menolak politik wang,” katanya kepada pemberita di Seremban semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa politik wang telah berlaku secara berleluasa di enam negeri yang telah mengadakan pemilihan sebelum ini.

Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menjangkakan keadaan sama akan berlaku pada pemilihan di Negeri Sembilan, Sabtu ini.

SPRM Buat Kejutan Di Pemilihan PKR


Dalam perkembangan sama, Aminuddin yang juga menteri nesar berkata pihaknya akan meminta bantuan polis untuk mengawal semua lapan lokasi pemilihan bagi mengelakkan sebarang kekecohan seperti apa yang telah berlaku di beberapa negeri sebelum ini.

“Dalam keadaan sekarang, kita anggap semua tempat sebagai kawasan panas... saya berharap kempen dilakukan secara bersih dan tiada provokasi dilakukan kerana boleh mencetuskan kekecohan pada hari pengundian.

“Pemilihan kali ini saya jangka akan membabitkan lebih 40,000 anggota di lapan cabang seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai acara pesta arak Oktoberfest, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam negeri menegaskan, kerajaan negeri tidak membenarkan penganjuran pesta tersebut di Negeri Sembilan.


SPRM Buat Kejutan Di Pemilihan PKR


“Setakat ini kerajaan negeri tidak menerima permohonan malah jika ada sekali pun tidak akan meluluskan penganjuran pesta itu kerana ia bukan budaya dan cara kita.

"Kalau mahu minum di tempat persendirian tiada masalah, tetapi tidak perlu adakan pesta,” ujarnya. - bernama





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. tu hari semasa undi Rafizi dan Azmin lebih kurang sama jer....Rafizi tak ungkit pun pasal politik wang....tapi bila dia ketinggal 700 undi...mulalah dia buat cerita politik wang....cuba kalau dia menang pasti dia tak ckp pasal politik wang......sampah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...