Thursday, 25 October 2018

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar?

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? Menteri kewangan hari ini menunjukkan bukti kerajaan Kelantan memohon pinjaman pendahuluan RM97 juta, Jun lalu, untuk menampung aliran tunai kerajaan negeri akibat perbelanjaan luar jangka.

Tetapi, Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM22.5 juta kepada Kelantan untuk membayar gaji kakitangan awam.

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? “Sekarang saya nak tunjuk fakta (bukti) di mana ada permohonan daripada kerajaan negeri Kelantan meminta bantuan kerajaan persekutuan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

“Surat ini menyatakan implikasi ‘shortfall’ akan menyebabkan kerajaan negeri terdedah kepada kelewatan pembayaran gaji kakitangan, termasuk sambilan sebanyak RM24.5 juta sebulan serta bayaran bil-bil melebihi 14 hari.

“Pada asalnya mereka memohon pinjaman bagi pengurusan, termasuk pembayaran gaji sebanyak RM24.5 juta sebulan, tetapi kerajaan hanya luluskan RM22.5 juta kerana kita hendak cepat (beri pinjaman) supaya gaji kakitangan mereka dapat dibayar.

“Ini untuk gaji kita beri dengan segera kerana kita juga mahu lihat adakah ia digunakan dengan baik kerana apabila kita bagi kepada sesiapa yang minta, saya rasa itu bukanlah sesuatu tindakan belanjawan yang berhemat.”

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? 


Lim juga kesal dengan tindakan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang mendakwanya anti-Melayu dan anti-Islam, susulan kenyataan kerajaan negeri tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

“Sampai hati mereka kata saya anti-Melayu dan anti-Islam. Bila saya sebut fakta dan angka dan kerajaan persekutuan telah menghulurkan bantuan, kenapa pula timbul soal agama dan kaum?”

Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh dengan dakwaan Lim yang Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, sama ada Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh meneruskan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sendiri, jika kerajaan persekutuan memutuskan untuk membatalkan projek itu.

“Berkenaan Kelantan, Terengganu ingin ambil alih jika (kerajaan batalkan projek ECRL) saya tunggu surat jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya fikir macam mana Kelantan mampu buat bila gaji perkhidmatan awam tak boleh bayar,” kata Lim kelmarin yang dibantah beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS dengan memintanya menarik balik kenyataan itu.

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? 


Semalam, Lim dilaporkan berkata, Kelantan menerima RM398 juta daripada kerajaan persekutuan seperti negeri lain, pada 2016.

Jumlah itu termasuk pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan Kelantan tidak cukup menampung perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen, selain dana tambahan RM100 juta sebagai pinjaman pendahuluan.

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar?  Sehingga 31 Disember 2017, kerajaan Kelantan belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, menjadikannya penghutang terbesar pinjaman pendahuluan. - free malaysia today



  
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





5 comments:

  1. Bagi kelantan dan terrenganu buat ecrl. Pinjam duit cina. Tak mampu bayar gadai tanah. Malu saya anak kelantan.

    ReplyDelete
  2. bila najib hina Kelantan tak mampu byr gaji, semua pemimpin pas senyap.

    bila lim sebut perkara yg sama, dituduh anti Islam anti Melayu.

    ReplyDelete
  3. Pergh bila baca surat tu memang terang2 tak mampu nak bayar gaji. Apa lagi korang nak ckp wahai walaunta pas? Ngaku je lah tak mampu...

    ReplyDelete
  4. Biaq pi la puak2 lobai ahli sorga nak sambung ecrl...limau purut tiga serangkai, but perut takdaq aqai!!

    ReplyDelete
  5. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya fatma Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi tahu semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu untuk anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah orang yang suka bermain, kerana mereka kemudian akan meminta bayaran yuran lesen atau yuran jaminan yuran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan syarikat pinjaman mereka yang curang.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang dari segi kewangan dan terdesak, saya telah tertipu oleh beberapa peminjam dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehinggalah Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai yang dipanggil ibu Theresa, yang memberi pinjaman tanpa jaminan dari USD100,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%

    Saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya memohon, dihantar terus ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan.

    Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman apa-apa, sila hubungi beliau melalui e-mel sebenar: theresaloancompany@gmail.com dan oleh rahmat Tuhan dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda taat.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: feyzilfatma@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan berbincang mengenai Puan theresa, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan theresa, anda juga boleh menghubunginya melalui e-melnya: martinimarais1986@gmail.com Sekarang, semua yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...