Monday, 1 October 2018

Rahsia Bisnes Tudung


Rahsia Bisnes Tudung. Assalammualaikum & Hi! Nama saya Madihah Mustafha! Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. 

Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Rahsia Bisnes Tudung


Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi. 

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok! 

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!


Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar.

Seronoknya Menjual Tudung!

Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Rahsia Bisnes Tudung


Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.


Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan! 
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja! 

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!


Untuk keterangan lanjut sila klik Rahsia Bisnes Tudung..




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...