Wednesday, 10 October 2018

Perkara Yang Tak Patut Berlaku

Sekumpulan pekerja MMC-Gamuda daripada lebih 20,000 yang dikatakan bakal hilang pekerjaan akibat kerajaan menamatkan kontrak kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) berharap perdana menteri mempertimbangkan keadaan mereka.

Dalam satu video yang dimuatnaik di Facebook, jurucakap kumpulan berkata mereka bukan mempertikaikan keputusan kerajaan menamatkan kontrak tersebut tetapi terpanggil untuk berkongsi kebimbangan dan kepasrahan mereka.


“Kerana kami yakin Tun maha bijaksana, adil dan mampu menyelesaikan masalah rakyat,” kata Derek Eng.

“Saya bersumpah kebanyakan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi sekarang terdiri daripada pemuda-pemudi yang asalnya dari kampung dan yang tiada peluang menjejakkan kaki di bandar sekiranya tidak berkecimpung dalam projek MRT.”

Derek berkata kerja bawah tanah dan penggerudian terowong MRT2 sememangnya industri berkepakaran tinggi, sejajar seruan menguasai teknologi, seperti juga idea membangunkan kereta nasional ke-3 yang disuarakan Dr Mahathir sebelum ini.

“Kerja-kerja bawah tanah dikendalikan oleh 90% anak-anak tempatan yang kebanyakannya sanggup mendapat gaji yang lebih rendah kalau dibandingkan dengan peluang mereka bekerja dalam projek yang serupa di Singapura,” katanya.

Mereka meminta perdana menteri menganggap projek itu sebagai satu pelaburan strategik masa depan kerana “impaknya akan jauh lebih tinggi daripada apa jua harga yang mampu dijimatkan kerajaan sekarang”.

“Kami warga MMC Gamuda amatlah berharap Tun akan pertimbangkan perkara ini sehabis baik agar rakyat tidak perlu dibelenggu dengan masalah politik yang menjejaskan kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Video berdurasi 3:37 itu diakhiri dengan laungan beramai-ramai “kami sayang Tun!”.

Pada Ahad, kerajaan mengumumkan penamatan kontrak kerja-kerja bawah tanah MRT2 selepas kerajaan dan MMC-Gamuda gagal mencapai persetujuan dan penyelesaian untuk kos kerja-kerja bawah tanah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika itu berkata kerajaan mengambil keputusan tersebut selepas mempertimbangkan penjimatan tambahan yang akan diperoleh melalui tender terbka berbanding dengan tawaran pihak kontraktor. - free malaysia today





Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image











2 comments:

  1. “Kerana kami yakin Tun maha bijaksana, adil bla bla bla...
    Tun maha bijaksana? Ada akalkah mereka itu???

    ReplyDelete
  2. Kehilangan 20k pekerja yang kononnya dalam bidang pembinaan MRT2, adakah pembinaan MRT2 akan berlaku selama 20-30 tahun? Jika projek MRT2 ini hanya akan siap dalam tempoh 2-5 tahun maka selepas tamat projek ini ke mana para pekerja ini akan kerja? Adakah selepas tamat projek MRT2 ini para pekerja juga berdemo untuk meminta kerajaan buat pula projek MRT3 bagi kelangsungan pekerjaan kepada para pekerja ini? Sepatut para pekerja sudah bersedia dengan kesudahan dalam pelaksanaan semua projek mega.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...