Monday, 15 October 2018

PAS Puji Reformasi SPR

PAS Puji Reformasi SPR. PAS memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas reformasi dan penambahbaikan terhadap pengendalian proses pilihan raya di negara ini, susulan pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson semalam.

“PAS mengucapkan tahniah kepada pengerusi SPR serta warga SPR yang telah berjaya mengemudi dan mengendalikan jentera SPR dengan baik,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

PAS Puji Reformasi SPR. Pada 21 September lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar mengumumkan Azhar Harun dilantik sebagai pengerusi SPR menggantikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Sementara itu, Takiyuddin turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka di Port Dickson semalam, khasnya mereka yang mengundi calon PAS, walaupun beliau kalah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, PAS turut mengucapkan tahniah kepada Anwar yang dipilih sebagai wakil rakyat.

Anwar yang juga presiden PKR mendapat 31,016 undi dan memenangi PRK Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi.

PAS Puji Reformasi SPR


Calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar pula mendapat 7,456 undi, lebih banyak daripada 6,594 undi yang diperolehi calon parti Islam itu, Mahfuz Roslan pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Kerusi Parlimen Port Dickson kosong selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lalu untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

PAS Puji Reformasi SPR. Danyal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan 36,225 undi pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan Mahfuz. -  free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...