Friday, 5 October 2018

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong. Datuk Seri Najib Razak menggesa polis menyiasat dakwaan tertuduh ke-7 dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais yang beliau menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk mengaku membunuh timbalan pendakwa raya itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan S Ravi Chandaran ditawarkan wang itu melalui pegawai penjara ialah sumpah bohong.

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong. “Dakwaan ini tidak benar sama sekali dan saya menolak sekeras-kerasnya. Ini dakwaan paling menjahanamkan dan tidak berlaku adil kepada mendiang Morais ataupun saya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ravi tidak patut bersumpah bohong dalam cubaan untuk mengambil kesempatan daripada keadaan saya sekarang dan seterusnya merosakkan reputasi saya secara tidak adil,” katanya tertanya-tanya jika “seseorang” menggalakkan tertuduh menipu.

Najib turut meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Ravi dan mendedahkan nama pegawai penjara yang menawarkan wang itu.

“Jika Ravi tidak boleh membuktikan dakwaannya, saya menggesa pihak berkuasa mendakwa Ravi melakukan sumpah bohong.

“Saya difahamkan pihak pendakwaan mahupun peguam bela dalam kes pembunuhan itu tidak mempercayai dakwaan pelik Ravi.”

Najib berkata, beliau diberitahu pihak boleh dipercayai yang Kevin tidak terbabit dalam siasatan atau penyeliaan kes 1MDB serta SRC International Sdn Bhd.

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong


Kelmarin, Ravi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilaporkan mendakwa Najib melalui pegawai penjara menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk membuat pengakuan itu.

Tertuduh turut mendakwa dia ditawarkan RM2 juta oleh adik Kevin sendiri, iaitu Datuk Richard Morais dan RM1.5 juta oleh seorang tertuduh dalam kes sama, Dr R Kunaseegaran, untuk mengaku membunuh Kevin.

Sementara itu, Najib melalui Facebooknya mengecam Sarawak Report menukar nada atas dakwaan pembabitannya dalam pembunuhan Kevin.

Katanya, Sarawak Report mendakwa beliau bertanggungjawab atas pembunuhan Kevin selama 3 tahun, sedangkan timbalan pendakwa raya itu maut 5 minggu selepas merangka kertas pertuduhan ke atasnya.

“Ini dinafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berulang kali.

“Dalam artikel terbaru mereka, mereka kata tidak lagi pasti jika Morais merangka kertas pertuduhan terhadap saya.”

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong


Kini, katanya, Sarawak Report mendakwa ia tidak mengaitkan pembunuhan Kevin dengan kes 1MDB dan SRC International.

“Paling menjengkelkan ialah mereka kini menulis ‘Tujuan bekas perdana menteri cuba menafikan pembabitkan Morais untuk menghapuskan tanggapan kaitannya dengan motif pembunuhan untuk menutup dakwaan itu terhadapnya. Beliau mungkin betul’.”

Najib Dakwa Tertuduh Berbohong. Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun berkata, pengakuan Sarawak Report “terlalu lewat” kerana ia berjaya mempengaruhi orang ramai untuk mempercayai penipuan itu yang beliau ialah seorang pembunuh. -  free malaysia today






Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Apa nak jawab kat luar ni, nanti jawab dalam mahkamah kalau dipanggil. Jawap kat luar tak ada apa2 kesan pun.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...