Wednesday, 31 October 2018

Mahathir Bagi Amaran

Mahathir Bagi Amaran. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan BN terdahulu.

“Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaks8pa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.

Mahathir Bagi Amaran. “Jadi, kita tidak boleh berurusan dengan ramai orang yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir Bagi Amaran


Sambil mengakui ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk mengheret mereka muka keadilan, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga menghadapi kekangan dari segi pegawai untuk menjalankan tugas itu. - free malaysia today




  
  
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...