Monday, 8 October 2018

Kubur Bekas CEO Cradle Fund Digali Semula

Kubur Bekas CEO Cradle Fund Digali Semula. Kubur bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan digali semula selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan isterinya Samirah Muzzaffar untuk menangguhkan proses penggalian kubur itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan proses penggalian semula kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, pagi ini untuk melakukan bedah siasat kali kedua.

Kubur Bekas CEO Cradle Fund Digali Semula“Polis tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan (kes kematian CEO Cradle Fund) malah kami masih meneruskan siasatan,” katanya.

Sementara itu, LS Leonard, peguam yang mewakili Samirah, tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 9.30 pagi untuk memantau kerja penggalian semula kubur.

Leonard ketika ditemui media di luar kawasan perkuburan enggan mengulas lanjut berhubung penggalian semula kubur itu.

Kubur Bekas CEO Cradle Fund Digali Semula


Turut dilihat masuk ke kawasan perkuburan itu beberapa anggota keluarga Allahyarham Nazrin selepas Leonard tiba.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Kubur Bekas CEO Cradle Fund Digali Semula. Nazrin ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas. - free malaysia today

    

Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...