Wednesday, 3 October 2018

Kejutan Tunku Mahkota Johor

Kejutan Tunku Mahkota Johor. Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan tulisan di Twitter baginda semalam ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu dinyatakan melalui surat tuntutan guaman kepada Malaysiakini melalui tetuan Shukor Baljit & Partners semalam.

“Kami merujuk kepada penerbitan artikel yang memberikan gambaran tidak wajar bahawa anak guam kami menujukan mesej Twitter kepada Syed Saddiq ketika mesej di Twitter itu sendiri tidak menyebutnya.

Kejutan Tunku Mahkota Johor. “Anak guam kami mengarahkan kami, bahawa kamu dengan cuai merujuk kepada portal berita Free Malaysia Today untuk membuat kesimpulan berikut tanpa menghiraukan kebenaran atau tanpa mendapatkan penjelasan daripada anak guam kami:

1) Mesej Twitter itu ditujukan kepada seseorang yang khusus dinamakan dalam artikel kamu,

2) Bahawa objek artikel itu untuk mencemuh orang yang dinamakan sebagai respon terhadap mesej Facebooknya yang menyatakan perasaan hormat kepada Tun Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia,

3) Mesej Twitter itu adalah sebahagian daripada siri serangan, atau menyerang Tun Dr Mahathir, perdana menteri Malaysia.

“Kami diarahkan untuk menyatakan bahawa penerbitan artikel ini dibuat berdasarkan dugaan dan tekaan serta dibuat secara tidak bertanggungjawab dan artikel itu fitnah terhadap anak guam kami.

Kejutan Tunku Mahkota Johor


Anak guam kami secara jelas berkata mesej di Twitter itu tidak dimaksudkan kepada pihak yang disebut dalam artikel kamu,” menulis surat dalam bahasa Inggeris itu.

Malaysiakini memohon maaf kepada Tunku Ismail kerana mengaitkan mesej Twitter itu kepada Syed Saddiq dalam artikel bertajuk “You were still in your mother's belly, kid” sedangkan Tunku Mahkota Johor tidak menyatakan baginda merujuk kepadanya.

Malaysiakini telah melaporkan tweet itu, yang berbunyi: “Perfectionist? It’s either you’re delusional or obsessed. You were still in your mother’s belly, kid. Do some research,” telah menimbulkan persoalan berkaitan siapa sasarannya.

Kejutan Tunku Mahkota Johor


Ini susulan Syed Saddiq, 26, menteri paling muda dalam sejarah Malaysia, menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “perfectionist” susulan ucapan Perdana Menteri di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - malaysiakini



Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





4 comments:

  1. Kenapalah jadi begini? Apa persepsi dan kefahaman rakyat jelata tentang mesej twitter tersebut sebaik sahaja pengakuan YB Syed Saddiq mengenai Tun Mahathir? Semua dah tahu itu adalh response kepada kenyataan YB Syed Saddiq atas perkataan "perfectionist?" yang terkandung dalam mesej twitter tersebut.

    Dah terlepas kata janganlah pulak takut mengakuinya.

    ReplyDelete
  2. Teruskan saman tersebut Tuanku walaupun mereka telah meminta maaf...

    ReplyDelete
  3. Jika ada kesilapan kita perbetulkan. Itu yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Please let me know if you're looking for a article writer for your site.
    You have some really great articles and I think I would be
    a good asset. If you ever want to take some of the load off,
    I'd love to write some articles for your blog in exchange for a
    link back to mine. Please send me an email if interested.
    Regards!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...