Monday, 22 October 2018

Kejutan Dari Langkawi

Kejutan Dari Langkawi. Bekas menteri dan wartawan veteran Tan Sri Zainudin Maidin menghamburkan kata-kata keras terhadap golongan pemandu teksi.

Ini susulan insiden  pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan keluar dewan dalam sesi dialog bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, Kelmarin.

Kejutan Dari Langkawi. “Pemandu teksi di Langkawi bersikap biadab dalam pertemuan dengan Tun Mahathir.

"Itu dengan Tun. Sikap mereka di mana-mana lebih kurang ajar terhadap public (orang awam),” tulisnya di Twitter.

Tindakan itu semalam mendorong Mahathir meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e-hailing.

Kejutan Dari Langkawi


Beliau malah menawarkan meletakkan jawatan pada hari itu juga susulan sikap itu.

Sebelum kejadian itu, Mahathir berkata Grab akan diminta menggunakan kenderaan diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

Dilihat didorong kemarahannya, Zainudin justeru menggesa tindakan keras diambil terhadap golongan itu.

“Lebih baik hapuskan sahaja teksi, tinggal Grab sahaja.

Kejutan Dari Langkawi. “Mereka bukan jenis manusia yang patut diberi muka. Penipu dan pemeras,” katanya. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...