Tuesday, 9 October 2018

Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson

Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson. Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gembira mendapat ruang berkempen untuk calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Perdana Menteri berkata beliau tidak akan membiarkan apa yang berlaku pada masa lampau menggugat kesepakatan dalam HARAPAN dan masa depan negara.

Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson. “Ya, memanglah Anwar dengan saya tidak berapa baik (sebelum ini), tapi jangan lupa dia masuk Umno dan menjadi menteri (dulu) kerana saya juga,” katanya semasa berucap dalam majlis Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD waterfront di Port Dickson, malam tadi.

Ini kali pertama Dr Mahathir selepas 20 tahun berkongsi pentas dengan Anwar bagi membantu Ketua Umum PKR itu menghadapi PRK, Sabtu ini

"Kalau saya nak fikir tentang perkara itu, kalau Anwar nak fikir tentang apa terjadi kepada dia saya tidak fikir kita boleh bersatu," katanya Dr Mahathir, yang juga Pengerusi HARAPAN.

Ketepikan permusuhan lama

Beliau berkata sekiranya perkelahian lama masih dibangkitkan, maka sukar pemimpin yang ada bersatu dan mencapai matlamat yang lebih besar berbanding peribadi dan juga parti.

Dr Mahathir berkata demi menjatuhkan kerajaan yang menekan rakyat sebelum ini, beliau bersama kesemua pemimpin HARAPAN sanggup mengetepikan masalah peribadi demi menyelamatkan negara.


Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson


"Kalau mahu menang, kita kena berpakat, jelas dan ikhlas dan untuk ini tidak boleh ingat kembali permusuhan lama,” tegasnya.

Sementara itu, Anwar menyifatkan Dr Mahathir sebagai individu terbaik untuk memimpin negara ketika ini.

Katanya, dalam kemelut politik dan ekonomi yang getir, Malaysia bertuah kerana mempunyai seorang tokoh seperti Dr Mahathir untuk menyelamatkan negara daripada keruntuhan.

"Apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosakkan semua institusi termasuk institusi yang diasaskan untuk memelihara kepentingan rakyat seperti Felda dan Tabung Haji.

"Kalau ditanya kepada saya, dalam keadaan sekarang lebih baik, Tun Dr Mahathir pimpin Malaysia. Saya sebut ini dengan ikhlas. Saya kenal dia...Dia adalah orang terbaik memimpin Malaysia,” katanya semasa berucap sebelum giliran Dr Mahathir.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson


Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata, jika terpilih sebagai anggota Parlimen, beliau mahu menumpukan kepada usaha mereformasikan insitusi Parlimen dan memperkasakan fungsinya membantu kerajaan.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk semua anggota pimpinan dalam HARAPAN untuk memberikan sokongan dan dokongan kepada Dr Mahathir untuk terus memimpin negara.


"Saya tahu, sebagai perdana menteri beliau datang kempen untuk pilihan raya kecil, bila dia datang ke Port Dickson saya rasalah, agaknyalah kasih yang dahulu terpendam menyemarak semula," katanya.

Kira-kira 9,000 orang hadir ceramah itu.

Kejutan Buat Pembangkang Di PRK Port Dickson. PRK itu pada Sabtu ini akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Anwar, calon PAS, Lt.Kol (B) Mohd Nazri Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad. - bernama





Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...