Thursday, 25 October 2018

Inilah Kuasa Rakyat

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didakwa dengan 6 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan bernilai RM6.6 bilion.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu antara Disember 2016 dan Disember 2017.

Mengikut pertuduhan, mereka diamanahkan dengan dana itu tetapi menyalahgunakan wang tersebut menggunakan kedudukan mereka sebagai menteri kewangan dan ketua setiausaha Perbendaharaan pada masa itu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh melakukan pecah amanah sebanyak RM1.2 bilion pada 21 Disember 2016 di pejabat Kementerian Kewangan.

Bagi pertuduhan ke-2, mereka dituduh melakukan pecah amanah sebanyak RM655 juta di tempat dan masa yang sama.

Tuduhan pecah amanah ke-3 pula melibatkan jumlah RM220 juta dalam Dana Konsolidasi Persekutuan pada 3 Ogos 2017.

Bagi pertuduhan ke-4, mereka dipercayai melakukan pecah amanah sebanyak RM1.3 bilion, juga melibatkan Dana Konsolidasi Persekutuan, pada 10 Ogos 2017.

Wang bagi pertuduhan ke-3 dan ke-4 digunakan untuk perbelanjaan, subsidi dan bantuan kewangan untuk Kuala Lumpur International Bhd.

Menurut pertuduhan ke-5, mereka melakukan pecah amanah sebanyak 1,950,000,000 yuan (kira-kira RM1,261,065,000) pada 23 Ogos.

Bagi pertuduhan ke-6, mereka dituduh melakukan pecah amanah sebanyak RM2 bilion pada 18 Disember 2017.

Jika sabitkan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.

Najib dan Irwan dibicarakan bagi semua 6 pertuduhan tersebut.

Pendakwa Fiat, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan. Manakalan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib dan Irwan diwakili Dev dan Lavania Kumaraendran dan bapa mereka Datuk K Kumaraendran.

Najib sebelum ini didakwa dengan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaunnya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau juga dituduh salah guna kuasa sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC International dari Persaraan Pensiun Inc yang bernilai RM4 bilion.

Lebih 25 pertuduhan dikenakan terhadapnya bulan lepas berkaitan dakwaan pemindahan dana berkaitan 1MDB bernilai RM2.28 bilion ke dalam akaun banknya sebelum pilihan raya umum 2013.

Beliau juga didakwa memberi wang berkaitan 1MDB kepada syarikat dan Umno, serta memindahkan dana ke Tanore Finance Corp.

Selain itu, beliau didakwa menyalahgunakan kuasa dalam usaha mendapatkan suapan berjumlah lebih RM2 bilion dari Februari 2011 hingga Disember 2014.

Kontrak perkhidmatan Irwan sebagai setiausaha agung Perbendaharaan dipendekkan hingga 14 Jun selepas Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya, dan beliau dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. - free malaysia today




  
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...