Thursday, 18 October 2018

Berita Mengejutkan Dari Johor Bharu

Berita Mengejutkan Dari Johor Bharu. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini 2 hari lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

“Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober dan dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober.

Berita Mengejutkan Dari Johor Bharu. “Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan,” kata kementerian itu.

Menurut KKM, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 15 Oktober akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

“Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal,” tambah KKM.

Penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak (farinks/kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Berita Mengejutkan Dari Johor Bharu


Bagi membendung penularan jangkitan ini adalah termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi, dan pendidikan kesihatan.

Sehingga hari ini, tiada kes baharu dilaporkan kepada kementerian ini.

Justeru, KKM ingin menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, campak (measles), beguk (mumps) dan lain-lain.

“Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti,” tambah kementerian itu.

Berita Mengejutkan Dari Johor Bharu


Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihatkan tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi kanak–kanak yang telah tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat. - free malaysia today




   
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...