Sunday, 7 October 2018

Anwar Dapat Suntikan Baru Di Port Dickson

Anwar Dapat Suntikan Baru Di Port Dickson. Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Port Dickson awal minggu depan dijangka akan lebih membakar semangat pengundi di kawasan itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu beliau gembira dengan kedatangan perdana menteri untuk berkempen.

Anwar Dapat Suntikan Baru Di Port Dickson. “Hari ini saya gembira kerana diberitahu bahawa Dr Mahathir sendiri nak datang ke Port Dickson, nak berkempen.

“Lagilah naik semangat orang Port Dickson, insya-Allah,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa berucap di program Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat AIM petang ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan Dr Mahathir akan menyertai kempen HARAPAN dalam PRK Port Dickson ketika ada khabar angin meragui pelan peralihan kuasa antara beliau dan Anwar akan berjalan seperti yang dipersetujui sebelum PRU ke-14 lalu.

Mengikut persefahaman pemimpin HARAPAN, Dr Mahathir akan berundur daripada jawatan sebagai perdana menteri untuk memberi laluan kepada Anwar.

Anwar Dapat Suntikan Baru Di Port Dickson


Petanda baik buat PD

Kata Dr Mahathir beliau dan pemimpin kanan HARAPAN akan turun padang ke kawasan peranginan itu pada 8 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata tindakan Dr Mahathir itu jelas berbeza sewaktu beliau memegang tampuk pemerintahan di bawah Umno-BN.

“Ia penting sebab Tun M ini sebagai perdana menteri dari dulu saya ingat - semasa saya jadi timbalan perdana menteri - dia tidak pergi (kempen).

“Kalau ada pilihan raya kecil, dia akan serah orang bawah. Daripada timbalan perdana menteri ke bawah pergi kempen. Dia tumpu (kepada negara).

Anwar Dapat Suntikan Baru Di Port Dickson


“Tapi pada hari ini nampak dia datang dan ini satu petanda baik untuk Port Dickson.

“Maknanya, bukan sahaja saya yang bagi jaminan untuk bantuan Port Dickson, tetapi perdana menteri yang ada sekarang pun hadir untuk bersama-sama,” katanya. - free malaysia today





Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...