Thursday, 18 October 2018

Akhirnya Umno Masuk Muzium?

Akhirnya Umno Masuk Muzium? Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung penyelewengan dana yayasan milik keluarganya.

Beliau tiba 3 petang dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna putih. Ini kali ke-6 beliau dipanggil agensi anti-rasuah itu untuk disiasat.

Akhirnya Umno Masuk Muzium? Bekas timbalan perdana menteri itu dijangka ditahan hari ini, sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Kira-kira 30 penyokong berkumpul di luar ibu pejabat SPRM sejak 2 petang lagi.

Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah meminta rakan dan ahli keluarga berkumpul di ibu pejabat SPRM malam ini sebagai tanda solidariti kepadanya.

Beliau turut menggesa satu lagi himpunan diadakan di Mahkamah Sesyen esok pagi.

Zahid disoal siasat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang dipengerusikannya sebanyak 4 kali sejak Julai lalu.

Akhirnya Umno Masuk Muzium?


Beliau menghabiskan hampir 11 jam dalam sesi soal siasat terakhir, Jumaat lalu.

Julai lalu, Zahid dilaporkan berkata, beliau sudah memulangkan RM800,000 milik yayasan itu yang digunakan untuk membayar bil kad kreditnya dan isteri pada 2016.

Beliau menyalahkan pegawainya tersilap menggunakan cek yayasan untuk membayar bil kad kredit.

Akhirnya Umno Masuk Muzium? Zahid turut disoal siasat SPRM Julai lalu berhubung dakwaan pertemuannya dengan seorang kerabat diraja Arab Saudi pada 2015 yang dikatakan menderma wang kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. - free malaysia today






Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...