Monday, 24 September 2018

Syed Ali Al Habshee Keluar Umno

Syed Ali Al Habshee Keluar Umno. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengumumkan keluar parti hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak atau demi memenuhi agenda peribadinya.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu berlandaskan senario dan landskap politik semasa.

Syed Ali Al Habshee Keluar Umno. “Saya tidak pernah memperalatkan Umno yang saya sayangi selama ini untuk mengejar kedudukan dan jawatan, sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

“Persekitaran Malaysia baru memerlukan pendekatan yang lebih realistik dan berpijak di bumi nyata,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya.

Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan menyertai parti lain.

“Masa akan menentukan, saya pun baru keluar daripada Umno,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.

Syed Ali Al Habshee Keluar Umno


Syed Ali ialah pemimpin ke-3 yang bertindak meninggalkan Umno dalam masa seminggu, selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian pada Selasa serta Rabu lalu.

Umno kini hanya mempunyai 49 kerusi Parlimen, selepas 5 ahli Parlimennya meninggalkan parti itu yang mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Syed Ali Al Habshee Keluar Umno. Lima wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali, Mustapa dan Anifah. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Howdy are using Wordpress for your blog platform?

    I'm new to the blog world but I'm trying to get started and set up my own. Do you require any coding expertise to make your own blog?
    Any help would be really appreciated!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...