Wednesday, 19 September 2018

Siapa Lagi Akan Tinggalkan Umno Selepas Ini?

Siapa Lagi Akan Tinggalkan Umno Selepas Ini? Datuk Lokman Noor Adam menjangkakan akan ada lagi pemimpin Umno mengikuti langkah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti.

“Saya nak beritahu, bukan hanya Mustapa sahaja yang akan keluar tinggalkan kita. Dalam majlis tertinggi Umno sekarang pun saya jamin ada yang sudah bersedia untuk tinggalkan parti kita.

Siapa Lagi Akan Tinggalkan Umno Selepas Ini? “Jadi kita kena tanamkan dalam diri kita bahawa ini kerja Allah untuk bersihkan parti kita,” kata ahli MT Umno itu dalam satu video di Facebook hari ini.

Mustapa semalam mengumumkan dia meninggalkan Umno selepas 40 tahun bersama parti kerana hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya.

Hari ini, Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan dia juga meninggalkan Umno kerana ia tidak lagi boleh memenuhi janji memulihkan hak Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Kedua-dua bekas menteri dan ahli MT Umno itu merupakan 2 pemimpin Umno tertinggi dan terkanan pertama yang keluar parti pasca pilihan raya umum ke-14.

Siapa Lagi Akan Tinggalkan Umno Selepas Ini? 


Lokman menyeru ahli Umno untuk terus bersama parti dan melihat pemergian mereka sebagai sebahagian daripada proses “pembersihan”.

Beliau meminta ahli Umno bersabar kerana kerjasama Umno dan PAS yang sedang dibentuk sekarang ini bakal membuahkan hasil pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita jangan putus asa…kita akan dapat lebih banyak kerusi,” katanya.

Siapa Lagi Akan Tinggalkan Umno Selepas Ini?  Kelmarin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencadangkan penubuhan gabungan baharu bergelar Pakatan Malaysia yang terdiri daripada Umno, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah dan PKR. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...