Tuesday, 25 September 2018

Red Granite Pictures Pinjam Untuk Selesai Skandal 1MDB

Red Granite Pictures Pinjam Untuk Selesai Skandal 1MDB. Syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures dilaporkan membuat pinjaman untuk membayar AS$60 juta sebagai penyelesaian dengan pendakwa raya Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB.

Majalah berasaskan hiburan Amerika Syarikat, Variety yang memetik sumber industri, melaporkan Red Granite meminjam daripada Brevet Capital untuk membiayai penyelesaian berkenaan.

Red Granite Pictures Pinjam Untuk Selesai Skandal 1MDB. "Dana itu akhirnya akan dikembalikan kepada kerajaan Malaysia, selepas ditolak bayaran pemprosesan tertentu," kata laporan tersebut.

Pengurusan Brevet Capital menyifatkan dirinya sebagai sebuah syarikat yang membekalkan "penyelesaian hutang terjamin."

"Tumpuan Brevet kepada cagaran membolehkan kami menyediakan penyelesaian dalam situasi di mana peminjam tradisional tidak memahami nilai perniagaan atau peluang," kata syarikat itu di laman webnya.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa Red Granite Pictures menggunakan wang yang diselewengkan dari dana pelaburan negara Malaysia, 1MDB untuk membiayai filem-filemnya, termasuk "The Wolf of Wall Street".

Red Granite Pictures Pinjam Untuk Selesai Skandal 1MDB


Red Granite Pictures diasaskan bersama oleh Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan ahli perniagaan Joey McFarland. Najib sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di negara ini berhubung skandal 1MDB.

Syarikat itu juga mengesahkan kepada Variety bahawa ia berjaya menyelesaikan pembayaran, enam bulan lebih awal daripada jadual.

"Red Granite membayar kewajipannya kepada kerajaan sepenuhnya ...," kata syarikat tersebut.

Di bawah penyelesaian yang dicapai pada Mac lalu, Red Granite akan membayar AS$60 juta dalam tiga ansuran sepanjang tempoh satu tahun.

Red Granite Pictures Pinjam Untuk Selesai Skandal 1MDB


Di bawah penyelesaian itu, Red Granite tidak mengakui liabiliti atau sebarang salah laku. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...