Tuesday, 4 September 2018

Rakyat Makin Terbeban?

Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula sejak 1 September lalu mengundang pelbagai reaksi.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Samat berkata, perlaksanaan SST ini tetap tidak mampu untuk menurunkan harga barang yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat.

Katanya, sebelum ini ketika kempen PRU14, PH sentiasa mengungkapkan bahawa rakyat terbeban dengan kos sara hidup dengan harga barang meningkat.

"Tetapi malangnya, apabila rakyat memberi mandat kepada mereka, keadaan tetap sama dengan harga barang masih lagi tinggi dan ternyata rakyat masih lagi terbeban," katanya.

Menurut Mohd Azam, rakyat umpama keluar dari mulut buaya masuk pula ke dalam mulut harimau.

"Pertukaran kerajaan membuktikan beban rakyat tidak hilang malah bertambah," katanya.

Tegasnya, kerajaan seharusnya mencari mekanisma baharu dalam mengenakan cukai tanpa melibatkan rakyat bawahan.

"Seharusnya cukai diambil dari orang yang kaya dan diagihkan untuk kebajikan dalam memenuhi keperluan rakyat miskin yang terdiri dari pelbagai bangsa," katanya.

Menurut Mohd Azam, kerajaan seharusnya menggunakan mekanisme pengutipan cukai seperti yang Pas pernah cadangkan sebelum ini.

"Contohnya, cukai simpanan korporat dan cukai saham yang Pas pernah cadangkan mampu menggantikan hasil kerajaan yang hilang akibat penghapusan cukai sebelum ini," katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Lebai ni olamak percukaian... patutnya kerajaan dengar dan ikut la
    cadangan dia...
    Klau tk ikut, mungkin nanti dia bilang, kerajaan engkar cakap ulama!# kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Cukai korporat? Dan2 ahli korporat tak cukup duit nak buat bisnes. Cukai saham? Makin banyaklah saham dalam dan luar negara cabut lari. Cadangan bodoh semua orang boleh bagi la... Cuba buat kat kelantan dan tengganu. Kalu berjaya boleh buat contoh.

    ReplyDelete
  3. Cukai saham. Kalau semakin kurang pegangan saham.. So how alternatif.. Cukai simpanan korporat.. Kalau saver beralih menyimpan di negara lain.. So how alternatif.. Apa terjadi pada rezab2 simpanan tetap bank..

    ReplyDelete
  4. Kat kelantan ada buat ker macam tu....atau nak buat lawak jer

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...