Wednesday, 12 September 2018

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson?

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson? Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Port Dickson dalam misi kembali ke Parlimen, selepas Datuk Danyal Balagopal Abdullah menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Danyal berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada speaker Dewan Rakyat hari ini.

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson? “Malam tadi, saya dimaklumkan selepas perbincangan dilakukan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudi menerima tawaran saya dan memilih untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya serta-merta,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan mengundinya pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya berharap pengundi akan memberi sokongan mereka kepada bakal perdana menteri itu,” katanya merujuk Anwar.

Danyal yang pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat turut mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas usahanya membantu kempen di Port Dickson pada Mei lalu.

Danyal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi).

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson?


Media sebelum ini melaporkan bekas ketua pembangkang itu mungkin bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal, Alor Setar atau Sungai Petani, bagaimanapun ia dinafikan penyandang kerusi terbabit.

Ini julung kali Anwar bertanding di kerusi luar kampung halamannya, Pulau Pinang, di mana beliau pernah mewakili Permatang Pauh sebanyak 2 kali, termasuk selama 16 tahun sebelum dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Hari ini, Danyal menafikan keputusannya meletak jawatan sebagai pengkhianatan terhadap pengundi yang menyokongnya pada pilihan raya umum lalu.

“Penggunaan perkataan khianat itu terlalu kuat. Saya datang ke Port Dickson untuk berkhidmat kepada rakyat dan saya akan terus lakukan. Apa yang saya perlukan adalah sokongan.

“Mesej yang diberikan kepada pengundi di Port Dickson sangat jelas kerana perdana menteri yang menanti berada di kawasan mereka. Saya sangat gembira.”

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan meletakkan Anwar di Port Dickson tiada kaitan dengan keputusan 3 pilihan raya kecil di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, keputusan Anwar bertanding di Port Dickson sudah dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang memberi jaminan akan bekerjasama untuk memastikan kemenangan Anwar.

“Kami percaya kemenangan Anwar akan menambah nilai kepada PH. Sebagai ahli Parlimen, Anwar yang juga sebahagian daripada Majlis Presiden PH akan memainkan peranan lebih berkesan dalam membantu kerajaan.”

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson?


Katanya, tiada pampasan diberikan kepada Danyal atas keputusannya memberi laluan kepada Anwar.

Beliau turut menafikan PKR ialah parti keluarga, selepas Nurul Izzah dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bertanding dalam pilihan raya umum lalu.

“Wan Azizah dan Izzah sudah diuji, yang penting mereka dipilih melalui proses demokrasi dan pengundi di kawasan mereka. Ia bukannya Anwar yang pilih.

“Yang pilih Wan Azizah adalah pengundi di Pandan, manakala yang pilih Nurul Izzah adalah pengundi di Permatang Pauh,” katanya sambil mengumumkan anak sulung Anwar itu dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Port Dickson.

Beliau turut memberi jaminan Anwar tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

“Anwar sering pesan pimpinan PKR sekarang beri sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Punca Anwar Ibrahim Bertanding Di Port Dickson? “Kita harus kerja untuk terjemahkan agenda reformasi. Apabila buat keputusan, kita tidak pernah ikat tempoh Dr Mahathir sebagai perdana menteri.” - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Pas mesti bertanding di port dickson sbb port dickson kubu kuat pas. Tak kan pas nak berjihad untuk MIC pula? Tak cukupkah pahala semasa mengundi MCA di balakong tempoh hari??

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...