Wednesday, 19 September 2018

Punca Anifah Aman Keluar Umno Tersebar

Punca Anifah Aman Keluar Umno Tersebar. Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan bahawa tindakannya meninggalkan Umno adalah sebagai menunaikan janjinya kepada pengundi di kawasannya dan rakyat Sabah keseluruhannya.

Janji yang dimaksudkan bekas menteri luar itu adalah untuk meletakkan jawatan sekiranya Umno dan BN gagal menunaikan janji berhubung Perjanjian Malaysia 1963.

Punca Anifah Aman Keluar Umno Tersebar.  Anifah dalam kenyataan medianya hari ini berkata, selain melepaskan keanggotaan Umno, beliau juga meletakkan jawatan selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno, dan ketua Umno Bahagian Kimanis berkuatkuasa serta merta.

"Saya mengambil keputusan ini kerana saya pernah berjanji kepada para pengundi saya di Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah secara keseluruhannya sebelum ini bahawa saya akan meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya Umno dan BN gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

"Saya akur bahawasanya tanpa Umno dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangan saya tidak akan membuahkan hasilnya.

"Walaubagaimanapun saya juga berpegang erat kepada apa yang telah saya janjikan sebelum ini iaitu saya akan meletakkan jawatan sekiranya perjuangan saya untuk rakyat Sabah di bawah payung parti ini tidak dapat diteruskan," katanya.

Punca Anifah Aman Keluar Umno Tersebar


Peletakan jawatan Anifah itu terjadi kurang 24 jam selepas Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan meninggalkan Umno.

Kedua-dua mereka meletakkan jawatan beberapa hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan Umno lain menghadiri Muktamar PAS 2018 yang dilihat sebagai usaha untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan parti pembangkang itu.

Sebelum Anifah dan Mustapa meninggalkan parti itu, tiga lagi anggota Parlimen Umno yang lain juga mengambil tindakan sama.
Mereka adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Anifah berkata beliau akan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai anggota parlimen di kawasannya walaupun tidak lagi bersama Umno.

Punca Anifah Aman Keluar Umno Tersebar


Anifah juga menggesa berkata kerajaan Pakatan Harapan agar komited di dalam melaksanakan janji-janji untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan sama taraf selaras dengan penubuhan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963.

Keputusan Anifah meninggalkan Umno membawa jumlah anggota parlimen Umno di Dewan Rakyat kepada hanya 49, dan di belakang PKR yang mempunyai 50 wakil rakyat. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...