Thursday, 6 September 2018

Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA

Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA. Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mempertahankan lantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebagai presiden baharu mereka, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

UIA dalam siaran media hari ini menambah pelantikan Maszlee juga disokong Rektor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA. Menurut universiti itu, Maszlee seorang calon yang sesuai kerana beliau “bekas pensyarah UIA” dan “pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIA”.

“Dengan pelantikan ini juga, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIA ke arah mewujudkan satu taman ilmu yang dihormati oleh masyarakat dalam negara dan antarabangsa,” katanya.

Pelantikan Maszlee mendapat kritikan banyak pihak antaranya Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei, bekas menteri pendidikan Datuk Mahdzir Khalid dan bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin.

Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA


Bekas presiden UIA Tan Sri Rais Yatim berkata seorang presiden UIA mempunyai banyak kuasa dan menjadi perantara antara universiti dan kerajaan.

“Jadi kalau dia ambil satu universiti sebagai presiden, universiti lain macam mana?” katanya.

Patutlah Dr. Maszlee Malik Di Lantik Presiden UIA. Maszlee dilantik menggantikan Rais sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat Jun lalu. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...