Friday, 14 September 2018

PAS Bergabung Dengan Umno Hampir Jadi Realiti

Selepas lebih 60 tahun PAS bermusuhan dengan Umno, kini parti Islam itu dilihat semakin serasi, khususnya selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Hari ini sekali lagi kemesraan mereka diterjemah apabila kelibat Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersama beberapa barisan exco parti itu muncul di majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertempat di Duyong Marina & Resort Kuala Terengganu.

Asyraf kelihatan memakai baju rasmi Pemuda Umno berwana putih tiba jam 3.15 petang disambut ahli dan pemimpin Pemuda PAS.

Muktamar Pemuda yang berlangsung 13 hingga 14 September itu akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hadir sama Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi serta barisan exco.

Muktamar ke-64 PAS Pusat akan berlangsung 2 hari mulai 15 hingga 16 September di Stadium Gong Badak Kuala Terengganu, negeri yang baru dirampas kembali parti itu pada PRU14.

Sebelum ini Umno memberi lampu hijau untuk menghantar wakilnya ke Muktamar PAS.

“Yang pastinya kalau Umno dijemput untuk hadir ke muktamar, kita akan hadir.

“Dan saya pun dimaklumkan oleh timbalan presiden PAS, jika PAS dijemput (ke Perhimpunan Agung Umno atau PAU), PAS juga akan hadir.

“Jadi saya nak maklumkan Umno akan menjemput PAS. Jadi saya percaya PAS akan jemput Umno, jadi saling hadir menghadiri di muktamar dan PAU nanti,” kata naib presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PAS turut menyatakan pendirian sama tidak menolak untuk menghantar wakilnya ke PAU jika dijemput, atas dasar semangat sebagai pembangkang. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Gabungan PAS UMNO mesti ada prinsip baru, perlembagaan baru, pemilihan parti gabungan baru, cara n gaya pengurusan organisasi yang dinamik dan berupaya menzahirkan kekuatan untuk menarik sokongan.

    Gabungan PAS UMNO mestilah berpegang kepada keutuhan moral yang berintergriti. Jika setakat bersandarkan kepada pemimpin yang sediada tetapi terlalu jelas gossipnya dengan isu atau permasalahan semasa , orang takkan beri sokongan. Jadi jika keperluan perjuangan organisasi menuntut kepada orang baru orang muda yang segar dan berketrampilan maka ianya perlu.

    Tapi kalau setakat mewawarkan gabungan dua parti ini hanya memenuhi lapangan media sosial politik bererti ia sekadar fake news.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...