Saturday, 1 September 2018

PAS Akan Bergabung Dengan Umno

PAS Akan Bergabung Dengan Umno. Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia supaya mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 8 Sept ini.

Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata PRK Sungai Kandis akan menjadi titik permulaan kerjasama erat antara kedua-dua parti yang mewakili golongan Melayu dan Islam terbesar di Malaysia.

PAS Akan Bergabung Dengan Umno. "Kita mulakan dengan pilihan raya kecil di Seri Setia ini dengan memberi sokongan tidak terbelah bagi kepada calon PAS demi memastikan kemenangan kita di kawasan ini," katanya semasa ceramah umum di Seri Setia malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS Dr Halimah Ali.


PAS Akan Bergabung Dengan Umno


Halimah yang juga bekas ADUN Selat Klang bakal berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Halimey dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas. - bernama






Iklan
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...