Tuesday, 25 September 2018

Kerajaan Selangor Banteras Jual Arak?

Kerajaan Selangor Banteras Jual Arak? Kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak membatalkan lesen perniagaan serta mengarahkan penutupan mana-mana premis yang didapati menjual minuman keras secara haram.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, pihaknya mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor untuk mempergiatkan pemeriksaan terhadap premis menjual minuman keras, khasnya di kawasan tumpuan warga asing.

Kerajaan Selangor Banteras Jual Arak?  “Usaha pemeriksaan ini sememangnya selalu diadakan, tetapi berikutan kejadian keracunan alkohol kerana meminum arak haram baru-baru ini, saya mengarahkan semua PBT menjalankan pemeriksaan lebih kerap lagi.

“Kami tidak akan teragak-agak membatalkan lesen dan mengarah tutup mana-mana premis perniagaan seperti kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam yang didapati menjual arak haram kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Ng, satu perjumpaan dengan yang dipertua semua 12 PBT di Selangor diadakan bagi membincang hal itu dan mereka memberi komitmen sepenuhnya membanteras penjualan arak haram di kawasan masing-masing.

Kerajaan Selangor Banteras Jual Arak? 


Menurut kenyataan Polis Selangor, 3 lagi individu yang mengalami keracunan alkohol akibat meminum arak tiruan dibenar keluar hospital hari ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan 19 individu dibenarkan keluar hospital sejak Isnin lalu, manakala jumlah mangsa di Selangor yang maut akibat kejadian itu kekal 24 orang.

“Mangsa yang meninggal dunia membabitkan 2 rakyat Malaysia, 2 (Bangladesh), 8 (Nepal), 10 (Myanmar), seorang warga India dan seorang individu yang tidak diketahui identitinya,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan Selangor Banteras Jual Arak? Sejak 17 September lalu, lebih 30 orang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia, manakala berpuluh lagi dirawat di hospital sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan akibat keracunan alkohol. - free malaysia today



    
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...