Tuesday, 11 September 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj. Ada pihak tertentu dalam Suruhanjaya Perkhidmatan (SPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) didakwa merancang untuk mengingkari arahan perdana menteri sekali gus mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menurut beberapa sumber ada pegawai tertentu di JPA menggunakan budi bicara sendiri untuk menilai semula pangkat pegawai-pegawai baru yang dilantik kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj.  Berdasarkan pekeliling JPA, pelantikan seseorang pegawai memerlukan surat persetujuan daripada menteri atau timbalan mereka selain daripada perdana menteri sendiri.

Pekeliling yang dikeluarkan pada 2012 itu tidak menyatakan pihak SPA atau JPA diberi kuasa bagi menetapkan pangkat seseorang pegawai yang dilantik.

"Mereka (JPA) kata perdana menteri boleh memberi persetujuan tapi akhirnya terserah kepada JPA menentukan pangkat pegawai itu sama ada mereka layak atau tidak," katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight hari ini.

Menurut sumber itu lagi berdasarkan pekeliling berkenaan perdana menteri dan menteri-menteri meluluskan pelantikan beberapa pegawai khas baru, setiausaha sulit dan pegawai media, malah menyatakan gaji yang perlu dibayar buat kakitangan terbabit.

Bagaimanapun katanya JPA tidak mengendahkan arahan berkenaan.

Tambahnya JPA menentukan gred pegawai yang dilantik, malah ada kakitangan yang berkhidmat di bawah kerajaan sebelum ini diturunkan pangkatnya.

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj


Mesti setia kepada kerajaan

Kata sumber itu berdasarkan pekeliling 2012 pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terdahulu perlu diberi gaji sama, tertakluk kepada had maksimum sesuatu gred.

Isu berkenaan katanya dibangkitkan dalam pertemuan mereka dengan Dr Mahathir pada 17 Ogos lalu dan didapati ia berlaku secara berleluasa sehingga memaksa perdana menteri campur tangan untuk mengatasinya.

"Hal ini tidak berlaku di bawah kerajaan BN kerana JPA hanya menjalankan arahan daripada kabinet. Pelik apabila ia berlaku sekarang," kata sumber itu.

Untuk rekod Malaysiakini sebelum ini turut melaporkan pandangan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kakitangan semasa kerajaan.

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj


Ditanya mengenai prestasi menteri HARAPAN, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata keberkesanan anggota kabinet turut dipengaruhi oleh pegawai kerajaan.


"Mesti patuh kepada government of the day dan government of the daysekarang ialah HARAPAN," katanya.

Pada masa sama Muhyiddin juga mengingatkan seseorang pegawai kerajaan yang enggan atau gagal melaksanakan tugas seperti diarahkan boleh dikenakan tindakan.

Kerajaan Pakatan Harapan Di Sabotaj. "Itu terserah kepada menteri untuk ambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak lembaga tatatertib atau disiplin tapi kita harap perkara itu tidak menjadi amalan biasalah," katanya. - malaysiakini



Iklan
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...