Tuesday, 18 September 2018

Kejutan Dari Pejabat Peguam Negara Yang Tak Menjadi

Kejutan Dari Pejabat Peguam Negara Yang Tak Menjadi. Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau meletakkan jawatan, sekali gus menjadi individu paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah Malaysia.

Dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, beliau menafikan perkara itu.

Tak betul langsung,” katanya kepada portal berita ini.

Kejutan Dari Pejabat Peguam Negara Yang Tak Menjadi. Memetik sumber, portal berita Free Malaysia Today (FMT) sebentar tadi melaporkan beliau telah meletakkan jawatan, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas dilantik.

Peletakan jawatan itu dilapor dibuat selepas kritikan kepada Pejabat Peguam Negara kerana menggugurkan kes dakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng merana membeli hartanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, berita itu ditarik balik tidak lama selepas itu.

Kejutan Dari Pejabat Peguam Negara Yang Tak Menjadi


Sementara itu, FMT turut memohon maaf secara terbuka terhadap Thommy susulan laporan itu.

"Berita itu berdasarkan sumber-sumber yang telah menarik balik pengesahan mereka.

"Kami oleh itu menarik balik laporan itu tanpa syarat dan memohon maaf kepada peguam negara," kata portal itu. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...