Friday, 28 September 2018

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson. Seorang penganalisis politik mengingatkan bahawa keputusan PAS meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson boleh menggugat Pakatan Harapan (PH), di sebalik kepercayaan umum pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen itu dengan mudah.

Dr Ahmad Atory Husain berkata PAS mempunyai sokongan yang agak baik di kerusi tersebut walaupun tewas di situ dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson. “Walaupun Port Dickson bukanlah kubu kuat PAS, parti itu berjaya mendapat hampir 7,000 undi, dan itu agak kuat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan bertanding dalam PRK itu PAS mahu menguji sejauh mana sokongan yang boleh didapatinya di Port Dickson. “Bagaimana lagi anda mahu mengukur kekuatan parti anda?.”

Semalam PAS mengisytiharkan pencalonan bekas pegawai tentera udara Lt Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar untuk kerusi Parlimen Port Dickson dalam PRK pada 13 Okt depan.

Nazari akan berhadapan dengan Anwar; bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang keluar Umno malam tadi; calon bebas Stevie Chan dan calon Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Kamaruddin.

Atory berkata, PAS berkemungkinan mendapat sokongan daripada penyokong Umno yang tidak mahu mengundi PH.

“Walaupun Umno tidak bertanding di situ, penyokongnya masih perlu membuat keputusan untuk mengundi dalam PRK itu dan mereka akan pilih PAS.

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson


“Terdapat juga kemungkinan pemimpin Umno meminta ahlinya mengundi PAS secara diam-diam.”

Kerusi Port Dickson dimenangi calon PKR Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam pilihan raya 9 Mei. Bekas pegawai kanan tentera laut itu mendapat 36,255 undi mengalahkan calon Barisan Nasional S Mogan yang mendapat 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6.594 undi).

Beliau meletakkan jawatan awal bulan ini bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Parlimen. Langkah itu dikritik banyak pihak, termasuk persatuan bekas tentera, Patriot, yang mempersoal ketiadaan wakil anggota dan veteran tentera di Dewan Rakyat berikutan pengunduran Danyal.

Selepas itu Patriot berkata ia tidak membantah keputusan Danyal apabila Anwar memberi jaminan untuk terus bercakap bagi pihak veteran tentera.

Atory bagaimanapun ragu sama ada pengundi tentera akan benar-benar mengundi Anwar.

Berhubung keputusan Umno untuk tidak bertanding, beliau berkata, adalah lebih baik PAS bertanding di situ kerana parti itu tidak akan kehilangan apa-apa jika tewas.

“PAS biasa kalah. Jadi imejnya tidak akan tercalar banyak.

“Tetapi sekiranya Umno kalah, itu cerita lain. Orang ramai sudah biasa dengan idea Umno tidak akan kalah. Jika ia terus kalah dalam PRK itu, Umno akan malu besar dan sukar baginya untuk memulihkan keadaan.”

Penganalisis, Dr Kamarul Zaman Yusoff bersetuju bahawa Umno mengambil langkah tepat untuk tidak bertanding di Port Dickson.

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson


“Tiada jalan ia akan menang, dan jika bertanding dan kalah, moral parti itu akan semakin jatuh.

Selain itu kata beliau, Umno berisiko kehilangan lebih ramai Ahli Parlimen sekiranya timbul perbezaan pendapat sama ada ia perlu bertanding atau tidak.

“Sekarang itu pun terdapat ahli Umno seperti Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, yang berkata mereka akan berkempen untuk PKR.

“Jika ini berlaku, persepsi negatif terhadap Umno dalam kalangan orang awam akan meningkat, terutamanya dalam suasana ia menyaksikan insiden pengunduran diri ramai pemimpin parti.

Kamarul berkata, PAS tidak akan memberi impak besar dalam PRK itu, jauh sekali memenanginya.

Bagaimanapun keputusan untuk bertanding akan memberi peluang kepada parti itu melatih ahlinya dalam pengendalian pilihan raya, selain berusaha mendekati pengundi bukan Islam dan kelompok Islam progresif di Pantai Barat, katanya.

“PAS tidak akan kehilangan apa-apa di Port Dickson, walaupun tewas.

Kejutan Buat Anwar Di PRK Port Dickson. “Tetapi jika PAS berjaya menambah undi berbanding jumlah yang diperolehinya pada 9 Mei, itu akan meningkatkan moralnya,” kata beliau. - free malaysia today






Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. I do not know if it's just me or if everyone else experiencing problems with your site.
    It looks like some of the written text on your content are running off the screen. Can somebody else please provide feedback
    and let me know if this is happening to them as well?
    This could be a issue with my web browser because I've had this happen before.
    Appreciate it

    ReplyDelete
  2. PD akan kembali ceria jika Anwar menang.

    ReplyDelete
  3. Kiranya Pas dapat menambah undi, gegak gempita la alam seluruh Malaysia... KITA TELAH MENANG DLM KALAH!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...