Sunday, 23 September 2018

Kejadian Yang Sungguh Memeranjatkan Pakatan Harapan

Kejadian Yang Sungguh Memeranjatkan Pakatan Harapan. Pergaduhan tercetus di kalangan anggota PKR di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam ini.

Video yang dimuat naik anggota PKR Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, menunjukkan seorang individu yang cuba menyerang sekumpulan lain dengan kerusi tetapi sempat dihalang.

Kejadian Yang Sungguh Memeranjatkan Pakatan Harapan. Video sama turut menunjukkan seorang lagi membaling kerusi dan sempat disambut sebelum mencederakan orang lain.

Turut kelihatan adalah calon Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang menenangkan keadaan yang kian hangat.

Kejadian dipercayai berlaku di Safira Country Club, Seberang Jaya, selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengadakan sidang media.

Menurut Afif, pergaduhan tercetus ekoran ada anggota yang tidak berpuas hati dengan pengumuman JPP.

Kejadian Yang Sungguh Memeranjatkan Pakatan Harapan


"Maka mereka mula kepung JPP, anggota yang jaga keselamatan kemudiannya mengiringi JPP untuk keluar.

"Itulah yang mencetuskan pergaduhan," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam sidang media itu, JPP mengumumkan keputusan pengundian di Pulau Pinang diterima manakala pengundian di Kedah dibatalkan.

Ia susulan kekecohan di beberapa pusat mengundi di Kedah ekoran masalah dengan e-undi, seperti dilapor Malaysiakini.

Kejadian Yang Sungguh Memeranjatkan Pakatan Harapan


PKR Pulau Pinang, selain Kedah, merupakan negeri pertama yang memulakan pemilihan parti hari ini.

Pengundian di Perlis dan Perak yang sepatutnya bermula esok, dan Negeri Sembilan dan Melaka pada 29 September ini juga ditangguhkan ekoran masalah yang berlaku. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Ahli parti kalau banyak gagak memang suka buat kecoh. Sarang lain tak selamat...jadi sarang PKR le gagak duduk.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...