Wednesday, 26 September 2018

Berita Mengejutkan Umno

Berita Mengejutkan Umno. Bekas ahli majlis tertinggi Umno Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan telah menghantar borang keahlian PPBM selepas keluar Umno.

Syed Hamid yang dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PPBM menghantar borang keahlian kepada Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Selepas menghantar borang keahlian tersebut, saya turut berjumpa dengan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Berita Mengejutkan Umno. “Saya kini sudah menjadi anggota PPBM, “ katanya dalam sidang media selepas program bersama Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan hari ini.

Pada 29 Jun lalu, Syed Hamid Albar keluar Umno dan menyatakan alasannya meninggalkan Umno kerana parti berkenaan sudah lari daripada perjuangan asal dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi pemimpin berbanding mengambil berat hal rakyat.

Mengenai tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon bagi pilihan raya Kecil (PRK) di Port Dickson, Syed Hamid berkata itu adalah keputusan yang wajar.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bahawa parti itu masih belum bersedia dan tidak bermotivasi untuk bertanding.

Berita Mengejutkan Umno


“Saya fikir eloklah dia tidak bertanding…saya rasa mereka bukan boikot. Boikot ini seolah kita tidak puas hati. Kalau mereka parti bukan kerajaan dan belum bersedia untuk bertanding, buang duit sahaja…tidak berbaloi kalau tidak bermotivasi dan tidak ada hala tuju,” kata Syed Hamid.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon mewakili parti komponen tersebut.

Mengenai pencalonan Anwar di Port Dickson sebagai usaha menjadi perdana menteri ke-8, Syed Hamid berkata ia adalah hak Anwar untuk bertanding dan mendapat persetujuan parti komponen Pakatan Harapan.

Sementara itu, Syed Hamid yang juga Penasihat Eksekutif Asean Rohingnya Centre berkata pihaknya mencadangkan kerajaan agar melaksanakan dasar yang khusus terhadap pelarian Rohingya di Malaysia.

Pihaknya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan untuk melihat permasalahan pelarian khususnya Rohingnya secara lebih mendalam tahun ini.

Berita Mengejutkan Umno


“Ia adalah sejajar dengan hasrat Pakatan Harapan untuk menyokong ‘Meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951’ bagi membantu pelarian Rohingnya di Malaysia khususnya dalam aspek kesihatan, pendidikan dan latihan vokasional serta pekerjaan,” katanya

Syed Hamid berkata jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh kalangan individu yang terlibat secara langsung dalam isu kemanusiaan khususnya krisis yang melanda kaum Rohingnya. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...