Sunday, 16 September 2018

Adun PAS Cabar Kerajaan Pahang

Adun PAS Cabar Kerajaan Pahang. Perwakilan PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud mencabar kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menukar cuti hujung minggu di negeri itu ke Jumaat bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Kita cuma ada satu permintaan, kalau betul Umno hendak bersama kita, kami Adun PAS di Pahang bersepakat menuntut Jumaat (dijadikan) hari cuti sepertimana Kelantan, Terengganu dan Johor.

Adun PAS Cabar Kerajaan Pahang. “Kita mohon kepada pemimpin di Pahang supaya berusaha menjadikan Jumaat hari cuti sebagai tanda, bukti kesungguhan untuk kerjasama kita dan Umno-BN.

“Kita mesti meneliti sejauh mana keikhlasan Umno dan BN dalam menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang usaha kita untuk mengeratkan syariah Allah,” kata Adun Damak itu ketika membahaskan ucapan dasar presidennya pada Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

Pada 27 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan berkata, parti itu bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Adun PAS Cabar Kerajaan Pahang


Katanya, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad ketika ini dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat.

Beliau berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...