Wednesday, 8 August 2018

Ustaz PAS Bangangkan Ustaz Lain

Seorang pemimpin kanan PAS hari ini "membangangkan" ustaz serta pendakwah tertentu kerana mengeluarkan pandangan politik semasa.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik berkata pada dasarnya dia bersimpati terhadap pihak terbabit kerana membuat ulasan politik namun tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Katanya, ustaz serta ilmuan itu cuba mengupas mengenai isu semasa dari sudut pandang Islam.

"Tapi malangnya kedua-duanya tak menjadi.

"Isu politik (diulas) diangkat dari maklumat longkangan. Lalu nak diulas dengan hukum-hakam Islam," katanya melalui satu hantaran di media sosial.

Berdasarkan kenyataan dibuatnya itu Mokhtar kini berada di Riau, Indonesia.

Beliau yang sebelum ini dicalonkan PAS di kerusi parlimen Padang Besar - dan kalah calon BN, Datuk Zahidi Zainul Abidin - berkata golongan terbabit sebenarnya takut untuk menyertai politik.

Pada masa sama Mokhtar membayangkan ustaz serta ilmuan Islam yang dimaksudkannya itu masih mengintai-intai peluang di mana-mana tempat yang sesuai.

Dalam keadaan begitulah kata Mokhtar ustaz dan ilmuan terbabit tetap mengulas isu politik kerana didakwanya bimbangkan orang ramai menyangka mereka tidak tahu perkembangan semasa politik.

"Hasilnya keluarlah pandangan bangang," katanya.

Tidak dapat dipastikan siapa individu yang disasarkan oleh Mokhtar itu.
Bagaimanapun pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle adalah antara tokoh akademik yang sering mengulas mengenai isu semasa politik.

Walaupun tidak menjadikan mana-ana pihak secara khusus dalam tegurannya, PAS adalah antara parti yang sering dikritik Rozaimi.

Malah beliau yang dianggap antara ilmuan yang pakar dalam bidang kajian hadis pernah menawarkan diri berdebat dengan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali selepas anggota parlimen Kuala Nerus itu menyarankan supaya kepala Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin "disekeh".

Untuk rekod Khairuddin dan Mokhtar ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...