Monday, 13 August 2018

Rupanya Duit Umno Di Rompak

Rupanya Duit Umno Di Rompak. Datuk Seri Najib Razak mendakwa wang bernilai RM3.5 juta didakwa diambil sekumpulan pengawal keselamatan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu adalah milik Umno.

Kata bekas presiden Umno itu beliau seakan tidak dapat mempercayai bahawa suspek terbabit tergamak mengambil wang berkenaan selepas mereka diamanahkan menjaganya.

Rupanya Duit Umno Di Rompak. "Saya juga membaca laporan-laporan berita bahawa pihak berkuasa mengakui wang RM3.5 juta itu ialah dana PRU Umno yang berada di bekas pejabat saya serta di luar bilik yang selamat di PMO.

"Kalau pihak berkuasa tahu itu adalah dana Umno, maka mereka juga tentu tahu bahawa RM114 juga yang disita polis di apartmen dulu datan dari bilik selamat dibina Dr Mahathir (Mohamad) di PMO juga," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Najib yang sudah melepaskan jawatannya dalam Umno kecuali sebagai ketua bahagian Pekan menambah wang tunai yang dirampas itu dipindahkan secara tergesa-gesa dari PMO ke apartmen terbabit sehari selepas PRU sebelum akhirnya diserahkan kepada presiden baru Umno.

Najib memberikan kenyataan itu sebagai reaksi beliau kepada laporan Malaysiakini semalan yang memetik sumber mengenai penangkapan 17 pengawal keselamatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan eksklusif itu Malaysiakini mendedahkan, pengawal keselamatan terbabit ditugaskan mengawasi bangunan utama menempatkan PMO di Putrajaya.

Rupanya Duit Umno Di Rompak


Bagaimanapun mereka disyaki melarikan wang berkenaan selepas mengetahui BN kalah.

Suspek yang berusia antara 31 dan 51 tahun kini ditahan reman oleh SPRM. Agensi antirasuah itu juga merampas lebih RM800,000 daripada mereka.

Sementara itu dalam kenyataan sama Najib menggesa pihak berkuasa memberikan perbicaraan yang adil ke atas suspek terbabit.

Tidak ketinggalan Najib meminta supaya pihak berkuasa memulangkan semula dana bernilai RM3.5 juta bersama RM114 juta terdahulu kepada Umno.

"Ada banyak bil dan komitmen yang perlu yang dilakukan ke atas 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri semasa PRU ke-14 lalu yang perlu dilunaskan.

Rupanya Duit Umno Di Rompak. "Memandangkan saya tidak lagi mempunyai akses kepada beberapa pejabat saya, saya tidak pasti mengapa RM3.5 juta itu tidak disimpan dalam peti besi bersama dana lain, tetapi saya percaya ia mungkin sumbangan untuk kempen yang lewat dihantar," katanya.  - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





8 comments:

  1. Berak merata rata.

    ReplyDelete
  2. lagi2 dana..... kalau dari awal telus & jujur xdelah jadi macamni
    knp lah tak tadbir Negara dgn ikhlas...

    ReplyDelete
  3. Wow! At last I got a website from where I be able to in fact obtain helpful information concerning my study and knowledge.

    ReplyDelete
  4. Oi! Najib bangsat haramjadah. kalau RM 114 juta berasal dari bilik kebal di Pejabat Perdana Menteri macamana RM 3.5 juta boleh tercicir?

    Senang cerita pentadbiran Najib tak telus. Duit bilyon-bilyon dalam akaun peribadi, juta-juta dalam rumah. Macamana nak audit akaun UMNO?

    MACAM CELAKA SIAL HARAMJADAH!!

    ReplyDelete
  5. Pak cakap...mcm duit 350 hengget bunyinya....hihihihi

    ReplyDelete
  6. һello!,I love your writing so much! percentage we keep in touch eхtra aƅout
    your article on AOL? Ӏ need an exⲣert on this house to unravel my prоblem.
    Maybe that is you! Taking a look fߋrwaгd to peer you.

    ReplyDelete
  7. l like any useful writes

    ReplyDelete
  8. And the shares! That's why most weblog feedback suck.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...