Thursday, 16 August 2018

Presiden PAS Suruh Ahli Pangkah Calon MCA Di PRK Balakong


Presiden PAS Suruh Ahli Pangkah Calon MCA Di PRK Balakong. PAS mahu anggota parti mereka mengundi calon MCA di pilihan raya kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia adalah atas "semangat pembangkang".

"InshaAllah kerana kita sama-sama semangat pembangkang," katanya menjawab soalan pemberita sama ada PAS akan mengarahkan anggotanya mengundi calon MCA di Balakong.


Presiden PAS Suruh Ahli Pangkah Calon MCA Di PRK Balakong. Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman calon PAS bagi kerusi DUN Seri Setia di Petaling Jaya, semalam.

MCA sebelum ini mengumumkan meletakkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras Tan Chee Teong sebagai calon parti mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

PRK Balakong dan Seri Setia akan diadakan serentak pada 8 September depan.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga merupakan anggota parlimen Marang yakin penyokong Umno akan mengundi calon PAS di kerusi DUN Seri Setia.

"Bukan sahaja pengundi Umno tetapi pengundi bukan Umno, yang ada rakan-rakan kita, Umno yang ada pengaruh itu boleh menambah nilai," katanya.

Presiden PAS Suruh Ahli Pangkah Calon MCA Di PRK Balakong


'Buka pintu pada semua'

Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa pihaknya membuka pintu kepada semua yang ingin membantu kempen PAS di Seri Setia, termasuklah kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tak tutup pintu pada semua, terpulang pada pandangan masing masing untuk datang (membantu kempen)," katanya.

Umno sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di kerusi DUN Seri Setia.


Pada PRK di Sungai Kandi 4 Ogos lalu, PAS tidak meletakkan calon untuk "memudahkan mengalahkan calon HARAPAN".

Pada sidang media semalam, PAS menamakan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Selat Kelang Dr Halimah Ali, sebagai calon PRK Seri Setia.

Presiden PAS Suruh Ahli Pangkah Calon MCA Di PRK Balakong


Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada PRU lalu, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; Mohd Ghazali Daud (PAS) dan S Vigneswaran (Bebas). - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...