Wednesday, 1 August 2018

Peringatan Anwar Kepada Kerajaan Pakatan Harapan

Peringatan Anwar Kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan jemaah kabinetnya ada  ketikanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan yang akhirnya mengundang kontroversi.

Namun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang ditubuhkan daripada hasil kemenangan PH pada PRU14 lalu, tetap berada di landasan yang betul.

Peringatan Anwar Kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Katanya, beliau sentiasa memandang secara dekat perjalanan pentadbiran kerajaan PH sekarang.

“Perdana Menteri Tun Mahathir dan kabinet kerajaan tidak lari daripada landasan.

"Namun ada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, saya tidak nafikan tetapi Perdana Menteri dan kerajaan tidak lari daripada prinsip yang kita jadikan sebagai landasan perjuangan kita," katanya ketika berucap di Ceramah Khas bersamanya di sini, malam ini.

Anwar bahkan tidak menafikan bahawa ada kenyataan yang dikeluarkan mereka bersifat celupar.

“Saya akui PH ini kerajaan baharu, kadang-kadang  ada kenyataan-kenyataan yang cuai dan celupar dari tokoh-tokoh,” katanya.

Peringatan Anwar Kepada Kerajaan Pakatan Harapan


Sebelum ini, terdapat segelintir barisan menteri PH yang telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat celupar antaranya kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang  mendakwa  kaum Melayu sebagai pendatang.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa PH akan sentiasa

memartabatkan agama Islam dan menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya nak ingatkan PH itu ditegakkan dengan perjanjian yang jelas, memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan, tidak ada tolak ansur tentang perkara itu dan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

“Buatlah apa-apa perubahan pun. Bahasa Inggeris ke, Cina ke Tamil ke, Perancis ke semua itu boleh tetapi mesti tunduk kepada kerangka bahasa kebangsaan.

Peringatan Anwar Kepada Kerajaan Pakatan Harapan


“Ada yang berpendapat dengan ada bahasa kebangsaan tidak boleh memartabatkan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau Tamil saya tidak setuju yang kita mahu bahasa kebangsaan itu dikuasai dengan baik oleh semua,” jelas beliau.

Isu bahasa Melayu timbul apabila terdapat dakwaan bahawa kerajaan PH mengabaikan kepentingan bahasa berkenaan. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...