Wednesday, 8 August 2018

Najib Tak Putus Asa

Tinggal 24 hari lagi sebelum SST dilaksanakan 1 September ini, Datuk Seri Najib Razak masih berusaha menyedarkan kerajaan akan akibat yang bakai dirasai rakyat dan negara di masa depan jika GST digantikan.

Bekas perdana menteri berkata keputusan untuk berubah dari sistem SST kepada GST tidak dibuat secara melulu tetapi selepas penelitian terperinci mencakupi pelbagai aspek ekonomi.

Najib kecewa Pakatan Harapan mengundurkan strategi yang dirangka dengan GST, kerana PH membelakangkan nasihat pakar ekonomi dan menjanjikan pemansuhan cukai itu untuk digunakan terhadap Barisan Nasional.

“Malaysia kini hilang semua kelebihan ekonomi, sifat kompetitif dan pemangkin ekonomi yang dibolehkan oleh GST,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Masalah dan kelemahan struktur ekonomi dulu seperti cukai korporat yang tinggi, pengelakkan cukai dan aliran luar wang haram juga akan kembali.”

Beliau menjelaskan peningkatan kutipan GST bukan daripada barangan dan perkhidmatan asas kerana banyak yang dimasukkan dalam senarai pengecualian cukai.

Sebaliknya, sejumlah besar diperolehi dari pengurangan jumlah yang mengelak serta menghindari cukai, pengenaan cukai terhadap ekonomi samar, pengurangan aliran keluar modal tidak sah serta aliran keluar wang pekerja asing dan sektor pelancongan.

“Mereka boleh menghindarinya bawah sistem SST,” kata Najib.

Najib berkata perolehan itu digunakan untuk membiayai projek prasarana dan meningkatkan bayaran BR1M, gaji kakitangan awam dan bantuan untuk nelayan, petani dan peneroka.

“Kerajaan akan kehilangan kemampuan untuk terus menolong rakyat yang memerlukan seperti dahulu,” katanya.

“Tambahan pula ialah apabila harga tidak turun selepas GST disifarkan maka rakyat akan dibebankan dengan harga lebih tinggi apabila SST dilaksanakan.”

Sementara itu, GST menjadi penampan kepada penurunan pendapatan kerajaan seperti ketika kemelesetan ekonomi, apabila cukai pendapatan dan korporat mungkin menyusut secara mendadak, selain penurunan harga minyak dunia.

“Kita akan kehilangan kemampuan ekonomi kita untuk mendepani kemelesetan ekonomi atau kejatuhan harga komoditi eskport kita secara mendadak atau tiba-tiba,” katanya.

Disamping itu, GST sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan cukai pendapatan dan korporat untuk menarik minat pelabur asing dan tempatan, kata Najib.

“Kita tidak lagi berupaya untuk mengurangkan cukai pendapatan atau korporat dan ini akan memberi kesan buruk kepada daya saing negara ini sebagai tumpuan perniagaan dan pelaburan,” katanya.

Najib berkata, untuk jangka masa pendek tidak dinafikan kerajaan PH boleh mengambil rizab Bank Negara Malaysia, Khazanah dan Petronas bagi membayar kekurangan hasil dari pemansuhan GST.

“Tetapi kita tahu ini tidak mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Namun kerajaan PH sudah mengumumkan mereka mengambil langkah ini,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image





3 comments:

  1. Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts
    and I am waiting for your next post thank you once again.

    ReplyDelete
  2. gst tk dibatalkn tp 0 peratus.

    eehh heran jg najib mcm tau je ckp pasal gst. lupa ke nk jawab..tak tau

    ReplyDelete
  3. Najib ni macam mana tiba- tiba boleh jadi arif soal ekonomi....sejak hilang kuasa ni macam- macam idea lahir...dulu masa berkuasa semua tindakannya membawa kehancuran ekonomi dan menambah hutang saja...ni buang tebiat nak mampos kut....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...