Wednesday, 1 August 2018

Lepas Ni Ahli PAS Bolehlah Pakai Baju BN

Pengundi PAS pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis tidak mempunyai pilihan lain selain mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ahli parti Islam itu dilarang mengundi calon daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, disebabkan itu hanya calon BN saja layak diundi oleh pengundi PAS di Sungai Kandis.

“Sebab kita tak boleh undi PH. Kalau tak undi PH nak undi siapa lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pemuda PAS Kawasan Kota Raja mempersoalkan perjalanan program parti pada Sabtu lalu, yang dijadikan sebagai platform untuk menyeru pengundi PAS mengundi calon BN pada PRK, Sabtu ini.

Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata intipati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan Pusat pada program Bangkit itu, dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, berkaitan PRK berkenaan pada 22 Julai lepas.

Beliau berkata pihaknya juga merasakan seruan tersebut menyalahi semangat Perlembagaan PAS, Fasal 82(g) yang mana, semua ahli PAS tidak terkecuali pimpinan dapat mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Nerus menafikan wujud kerjasama politik dengan Umno sebaliknya hanya jalinan hubungan strategik sahaja antara 2 parti pembangkang itu.

“Kita tak ada sebarang kerjasama politik dengan Umno kerana sebarang kerjasama perlu keputusan dasar di peringkat Majlis Syura dan Muktamar.

“Cuma kita ada hubungan daripada sudut strategik, untuk PRK Sungai Kandis. Kita nak sampaikan mesej bahawa PH ditolak rakyat kerana berjanji tak ditunaikan. Sebab itu fokus kita menolak PH,” katanya.

Sebelum ini, Khairuddin dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis untuk memilih Lokman pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan PH tidak menegakkan serta menjaga agama Islam. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...