Thursday, 23 August 2018

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan. Lebih 100 hari berlalu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Putrajaya - saya bukan perdana menteri, Malaysia tidak menjadi negara Kristian dan institusi Raja-raja Melayu tidak dimansuhkan.

Minggu lalu menandakan 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara - minggu di mana pasukan media memberi tumpuan sama ada kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya sudah berjaya menunai janji dan mencapai matlamatnya, sedang masa terlalu suntuk untuk melaksanakan perubahan yang dilihat bermakna.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan. Namun, dalam tumpuan yang diberikan pasukan media kepada 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan, ada tiga perkara mereka terlepas pandang - iaitu saya bukan perdana menteri, Malaysia tidak menjadi negara Kristian dan institusi Raja-raja Melayu tidak dimansuhkan. Ini seperti yang didakyah sebelum ini oleh pemimpin dan cybertrooper Umno/BN menjelang Pilihan Raya Umun ke-14 (PRU14).

Ia adalah mainan politik perkauman, agama, ketakutan, kebencian dan penipuan yang menular dalam kempen tidak bertanggungjawab pemimpin dan cybertrooper Umno/BN menjelang PRU14 pada 9 Mei 2018.

Adakah tindakan tidak bertanggungjawab seumpama ini telah berakhir pasca PRU14? Sudah tentu tidak.

Saya masih menanti penjelasan daripada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berhubung ucapan berbaur perkauman, mengapi-apikan dan provokatif semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Ucapan bertajuk “Realiti kerajaan pro-DAP” selama 1 minit 58 saat itu tular di aplikasi media sosial Whatsapp. Malah, bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Rahman dalam ucapannya pada PRK sama menuduh DAP kononnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan mahu menghapuskan institusi Raja-raja Melayu, sekali gus menubuhkan republik.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan


Politik ketakutan, kebencian dan penipuan pasca PRU14 menjadi bertambah parah apabila turut dikaitkan dengan politik ekstremis perkauman dan agama.

Baru-baru ini, saya ditunjukkan satu mesej Whatsapp yang tular di media sosial mengenai kononnya saya adalah seorang komunis, selain memfitnah bahawa saya menjejakkan kaki ke Malaysia dari China pada usia 16 tahun.

Politik ketakutan, kebencian, penipuan berbaur jahat dan toksik, digabungkan pula dengan politik ekstrimis perkauman dan agama telah gagal membuahkan hasil yang diinginkan oleh Umno/BN pada PRU lalu.

Rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama atau wilayah telah menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaran mereka yang tidak harus diperkecilkan - kerana jika tidak, masakan akan berlaku perubahan tampuk kuasa di peringkat kerajaan persekutuan di Putrajaya dan enam negeri kecuali Pulau Pinang dan Selangor.

Pihak yang mengamalkan politik perkauman, agama, kebencian, ketakutan dan penipuan tetap akan kalah, namun kejahatan dan ketoksikan mereka tidak harus dipandang enteng.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan


Justeru, rakyat harus terus tanpa jemu mendedahkan pekung politik oportunis dan penyangak yang mahu memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh dua tahun atau sekurang-kurangnya sebelum PRU15 untuk mengangkat semula Umno/BN ke Putrajaya, dengan apa cara sekalipun! - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...