Tuesday, 31 July 2018

Perkara Baik Yang Dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan

Perkara Baik Yang Dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan akan menambah baik sistem tahfiz di negara ini dalam meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata antara langkah yang akan dilakukan kerajaan adalah memperketatkan kokurikulum berikutan banyak kokurikulum sekolah tahfiz agak bebas.

Perkara Baik Yang Dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan. “Mereka ikut ‘style’ sendiri. Jadi Jakim sedang bekerjasama dengan Darul Quran yang dah berpengalaman berpuluh tahun.

“Kita bukanlah nak paksa tapi kita nak mereka ikut panduan supaya kurikulum itu menghasilkan pelajar-pelajar yang tak tersisih daripada arus perdana, termasuk kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja,” katanya ketika ditemui di Jakim.

Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan guru tahfiz diberi latihan supaya mereka mendapat latihan yang baik.

Beliau berkata pelajar tahfiz yang dilahirkan juga boleh menyumbang kepada negara.

“Dari sudut ini sekolah tahfiz ini dianggap satu entiti yang memberi sumbangan besar pada negara.

“Dan model terbaik kita ada adalah Darul Quran, sebab ia bukan saja belajar tahfiz di peringkat diploma tapi juga ijazah.

Perkara Baik Yang Dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan


“Cara dia buat kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia turut membantu supaya dia keluar nanti ada ijazah,” katanya.

Mujahid berkata kerajaan akan pastikan pelajar tahfiz tidak hanya menjadi imam tetapi berkemahiran seperti pakar dalam pertukangan, elektrikal dan sebagainya.

Selain itu, beliau meminta pengusaha tahfiz telus dan berdaftar dengan badan yang berautoriti.

“Ini supaya kita boleh mengikuti perkembangan mereka.”

Mac lalu, kerajaan Barisan Nasional mendapat perkenan Majlis Raja-Raja untuk melaksanakan DPTN yang merangkumi 4 bentuk kurikulum bagi melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan.

Perkara Baik Yang Dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan. Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kurikulum itu, pelajar bukan sahaja mampu menghafal Al-Quran tetapi turut mempunyai kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), ilmu agama dan bidang profesional. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...