Thursday, 19 July 2018

Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan

Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak tahu cara melaksanakan pelan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan Pakatan Harapan tanpa data gaji peminjam.

Oleh itu pengerusi PTPTN ini meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.

Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. “Kita kena tahu siapa yang gajinya bawah RM4,000, siapa yang gajinya lebih RM4,000. Yang bawah RM4,000 itu sahaja yang dapat pengecualian,” katanya di program bual bicara di Bernama TV malam tadi.

“Selagi kita tak ada data itu kita tak tahu macam mana cara nak laksana penangguhan bayaran itu,” tambahnya.

PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga peminjam berkenaan mendapat gaji bulanan RM4,000 ke atas.

Wan Saiful berkata peminjam mempunyai masa sehingga 25 Julai ini untuk mengemaskini maklumat masing-masing.

Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan


“Jangan letak RM2,000 tapi gaji sebenar RM12,000 sebab nanti bila kita buat audit kita akan minta hantar maklumat,” katanya.

Sementara itu, Wan Saiful memberitahu orang ramai Pakatan Harapan masih mempunyai masa untuk menunaikan janji berkenaan pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Beliau berkata, PH masih ada 30 hari lagi sebelum genap 100 hari pemerintahan PH pada 17 Ogos ini.

Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful dilantik pengerusi berkuatkuasa 18 Jun lepas. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. baguslah apa yg PH cadangkan bawah 4000 PTPTN ditangguhkan...
    maka secara langsung mereka2 ini yg nak tangguhkan pemnayaran kena update data
    sapa yg tak update terus kena bayar macam biasa...
    so nak taknak kena bg payslip... takpun.... senarai nama tu boleh buat link dgn incometax dept..... gov dgn gov takkan xleh bekerjasama kot????
    when there is a will there is a way

    ReplyDelete
  2. tahniah yg penting manifesto sudah dimulakan

    tk semesti dlm 100 hari malaysia sudah jadi syurga

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...