Friday, 6 July 2018

Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia

Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia. Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa beliau mengalami mimpi ngeri ketika menjadi pelarian di Indonesia selama 2 bulan sebelum ditangkap dan diusir.

Beliau terus dibawa ke mahkamah dari lapangan terbang untuk berdepan tuduhan jenayah lari daripada tahanan polis yang mana beliau mengaku tidak bersalah.

Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia. Beliau gagal meyakinkan majistret untuk mendapatkan ikat jamin, dan diperintahkan supaya direman sehingga sebutan semula kesnya pada 30 Julai ini.

Dalam permohonan ikat jamin, Jamal berkata kehidupan yang dilalui di Indonesia selama hampir 2 bulan begitu pahit dan mengerikan.

“Saya tidak akan mengulangi kehidupan itu lagi, dan saya akan berhadapan apa jua pertuduhan untuk bersihkan nama saya,” katanya dari kandang pesalah.

Beliau menggesa mahkamah membenarkannya diikat jamin. “Saya rela pergi ke balai polis setiap hari.”

Beliau kelihatan tenang semasa merayu kepada mahkamah. Beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pengalaman pahitnya semasa melarikan diri.


Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia


“Saya ingin serah diri pada Kedutaan Malaysia. Sampai di Jakarta, saya ditahan,” katanya.

Jamal yang juga pemimpin gerakan Baju Merah, hilang pada Mei dari wad hospital di mana beliau didakwa dengan satu lagi kesalahan dan dibebaskan dengan jaminan. Beliau diburu oleh polis sejak itu, dan ditangkap pada hari Isnin oleh polis Indonesia.

Beliau memberitahu majistret bahawa beliau fikir proses jaminannya selesai setelah beliau dituduh.

“Saya tandatangan surat pelepasan reman hospital petang itu (25 Mei) dan sebaik sahaja saya selesai menandatangani dokumen, tiada kawalan polis di hospital. Saya fikir saya dibebaskan dari reman,” kata Jamal.

Beliau menambah jika beliau mahu lari, dia akan melakukannya lebih awal.

Patutlah Jamal Yunos Lari Ke Indonesia


Sebagai pemimpin politik, Jamal berkata beliau memberi bekerjasama apabila disiasat polis. Bagaimanapun, beliau “takut” dengan beberapa serbuan yang dijalankan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas perubahan kerajaan pada bulan Mei.

“Saya takut kerajaan akan menganiaya saya,” katanya.

Majistret, Mohamad Firdaus Sadina Ali, memerintahkan supaya beliau dipenjarakan. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



5 comments:

  1. Laaaa .. mengaku penakut le pulak si Jamal ni. Macamana nak dipegang cakap dia, berbelit-belit. Sebelum ni bukan main hero le lagi. Eloklah tu, direhatkan di Sungai Buloh dengan selamat. Adegan seterusnya kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. KLAU TAK PANDAI TU TAKYAH LA BAGITAU ATU DUNIA YE...
    SIMPAN SIKIT KETIDAKBIJAKSANAAN ANDA TERSEBUT

    ReplyDelete
  3. takde sapa ke dari gang budak motor yang selalu eskot prog dia sambut kat airport???? konvoi bos sampai sg buluh kaaaa

    ReplyDelete
  4. DSAI lebih berani dari DSJY. Hadapilah pertuduhan dengan tenang jika tak bersalah.....

    ReplyDelete
  5. Aku ingat jamal jamban ni hebat tp rupa musibat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...