Tuesday, 17 July 2018

Nasihat Agong Buat Rakyat

Nasihat Agong Buat Rakyat. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menasihatkan semua pihak tidak beremosi dan berlapang dada menerima keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Baginda juga berharap rakyat tidak dipengaruhi sentimen sempit, sebaliknya perlu berusaha membentuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.

Nasihat Agong Buat Rakyat. “Mencari titik persamaan, bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat survival negara. Beta berharap semua kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang dicapai sebelum ini dapat dipertingkatkan,” katanya ketika berucap merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama Parlimen Ke-14, hari ini.

Agong turut menggesa kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memperbaiki taraf hidup rakyat miskin dan terpinggir.


Nasihat Agong Buat Rakyat


“Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai diskriminasi perkauman, tetapi usaha menebus ketidakadilan sosial yang diwarisi sekian lama.”

Nasihat Agong Buat Rakyat. Terdahulu, Sultan Muhammad V tiba di Parlimen pada 10 pagi tadi dan disambut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...