Tuesday, 31 July 2018

Najib Dedah Rahsia Mahathir?

Najib Dedah Rahsia Mahathir? Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tuduhan menyatakan beliau tidak menyokong Proton adalah tidak benar.

Sebaliknya, Najib berkata, kerajaan di bawah pimpinannya telah menyediakan geran pembangunan dan penyelidikan (R&D) sebanyak RM1.1 bilion dan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton sebelum ini, selepas syarikat itu membuktikan mempunyai pelan mampan yang mampu dilaksanakan.

Najib Dedah Rahsia Mahathir? Selain itu, beliau juga mendedahkan, sebelum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad renggang, kerajaan pimpinannya juga telah memberi sokongan kepada perdana menteri ketujuh itu untuk projek kenderaan elektriknya.

"Melalui permintaan dibuat Dr Mahathir, satu geran RM270 juta diberikan kepada Proton pada 2010 bagi menjalin satu kerjasama perniagaan dengan sebuah syarikat United Kingdom dimiliki rakannya Kamal Siddiqi, yang berpengkalan di Britain bagi memajukan kereta dan lori elektrik.

"Bagaimanapun, pelaburan ini gagal dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyalurkan lagi dana. Ini turut menyebabkan kemarahan Dr Mahathir," katanya menerusi entri terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

Najib berkata, beliau berpendirian bahawa rakyat tidak seharusnya menanggung masalah Proton dan syarikat itu perlu bersaing pada keupayaan sendiri sebagaimana dilakukan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

"Jika Perodua mampu menjadi jenama kereta paling teratas di negara ini, tiada alasan untuk Proton untuk tidak mencapai kedudukan yang sama," katanya.

Najib Dedah Rahsia Mahathir? 


Dalam pada itu, Najib turut akui bahawa janji PRU13 BN untuk mengurangkan 30 peratus harga kereta adalah tidak menyeluruh ke atas semua jenis kereta.

"Di sebalik ada di dalam kerajaan saya pada masa itu yang menyuarakan kebimbangan bahawa harga kereta menurun dengan terlalu pantas akan memberi tekanan terhadap bank, penjual kereta terpakai dan nilai aset isi rumah, ada harga beberapa model kereta menurun 30 peratus.

"Secara keseluruhan, harga kereta menurun pada pelbagai peringkat," katanya.

Namun, katanya, kerajaan Pakatan Harapan pula 'menghadiahkan' rakyat dengan harga kereta lebih tinggi, dalam keadaan rakyat masih tertunggu-tunggu janji harga petrol lebih rendah dan tol dihapuskan ditunaikan.

"Ketika saya dilantik sebagai PM, harga kereta yang tinggi dan perlindungan terhadap Proton adalah antara aduan utama dan beban kepada rakyat.

"Seorang wartawan kewangan turut membuat anggaran, rakyat terpaksa menanggung RM360 bilion demi Proton dan Eon yang pada masa itu menjana pendapatan di atas beban rakyat sehingga Eon turut memiliki bank sendiri," katanya.

Menurutnya, beliau sedia maklum harga kereta yang tinggi adalah satu bebanan untuk rakyat, terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah dan menengah.

"Sebuah kereta yang dijual dengan harga RM20,000 lebih mahal ekoran pelbagai cukai dan dasar akan menyebabkan pembeli yang mengambil pinjaman sembilan tahun pada kadar faedah 4 peratus, membayar RM28,000 pada akhir pinjaman mereka.


Najib Dedah Rahsia Mahathir? 


"Harga kereta lebih tinggi juga turut menyebabkan kos selenggara dan perlindungan insurans setiap tahun yang akan menambah beban pembeli," katanya.

Bagi memperbetulkan masalah legasi ini, katanya, kerajaan pimpinannya telah menghapuskan cukai import 10 peratus bagi kereta dari Jepun dan memperkenalkan insentif Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

"Kita juga menghentikan amalan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir yang memberi lesen import (AP) francais kepada orang tengah, dan memberikannya kepada pembuat kereta dan pengedar secara terus dan memperketatkan harga jualan bagi memastikan mereka tidak membuat untung melampau.

"Cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga memainkan peranan dalam mengurangkan harga kereta ketika ia diperkenalkan di mana harga GST enam peratus yang dikenakan adalah lebih rendah dari cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 10 peratus," katanya.

Dalam pada itu, Najib menggesa kerajaan baharu untuk membuat pertimbangan sewajarnya berhubung Malaysia yang mungkin akan berpatah balik kepada polisi 1980 dan 1990-an.

"Malaysia adalah penandatangan kepada pelbagai perjanjian perdagangan bebas. Meningkatkan  perlindungan akan turut mencetuskan tindak balas daripada negara lain.

Najib Dedah Rahsia Mahathir? "Ini akan menyebabkan harga barang lebih tinggi yang perlu dibayar rakyat Malaysia dan eksport yang kurang kompetitif daripada pelbagai industri negara ini," katanya. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...