Wednesday, 25 July 2018

Mahathir Umum Kejutan Lagi

Mahathir Umum Kejutan Lagi. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menurutnya, akta tersebut disifatkan sebagai zalim tanpa memberikan hak kepada pesalah untuk diadili.

Katanya, rakyat seharusnya dilindungi oleh undang-undang yang adil.

Mahathir Umum Kejutan Lagi. "Akta ini membolehkan tangkap siapa sahaja tanpa bawa ke mahkamah.

"Undang-undang ini akan dimansuhkan dan selepas ini sesiapa yang dituduh bersalah akan diadili terlebih dahulu di mahkamah, " katanya dalam majlis makan malam sempena mengumpul dana untuk Tabung Harapan Malaysia di Idela Convention Center (IDCC), sebentar tadi.

Sosma diluluskan oleh Dewan Rakyat pada April tahun lalu dan dikuatkuasakan bagi menahan individu disyaki terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan negara selama 28 hari, tanpa dihadapkan mahkamah.

Usul itu diluluskan menerusi proses undi belah bahagi dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika itu mengumumkan sebanyak 77 undi menentang dan seramai 93 Ahli Parlimen menyokong.

Mahathir Umum Kejutan Lagi


Kata Dr Mahathir, banyak undang-undang yang dibuat pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menekan rakyat.

"Akta (Sosma) ini juga tidak adil kerana sesiapa yang didapati bersalah dan meninggal selepas ditangkap, tiada inkuiri untuk mereka.

Mahathir Umum Kejutan Lagi. "Rakyat selepas ini akan dilindungi oleh undang-undang yang adil dan tidak lagi seperti zaman Najib," katanya. -sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...