Wednesday, 4 July 2018

Ketua Pemuda Umno Mengejutkan

Ketua Pemuda Umno Mengejutkan. Ketua Pemuda Umno yang baru, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki meminta rakyat tidak mengaibkan dan menghukum Datuk Seri Najib Razak sebelum bekas perdana menteri itu dibicarakan di mahkamah.

“Jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum, jangan kita aibkan dia sebelum dia dikenakan apa-apa hukuman.

Ketua Pemuda Umno Mengejutkan. “Masalahnya, hari ini beliau diadili di mahkamah media, bukan di kamar mahkamah sebenar,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Asyraf yang hadir untuk memberi sokongan kepada Najib, menyeru rakyat kembali kepada prinsip seseorang itu tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Ketua Pemuda Umno Mengejutkan


Najib yang ditahan di rumahnya di Taman Duta pada 2.35 petang semalam, berdepan 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan penyalahgunaan jawatan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta antara Disember 2014 dan Mac 2015.

Ketua Pemuda Umno Mengejutkan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ahli Parlimen Pekan itu selepas 4 pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen KL, Datuk Zainal Abidin Kamarudin. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...