Friday, 27 July 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn?

Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn? PAS melihat Pakatan Harapan kini semakin ketara mengikut kehendak DAP yang menjadi salah satu parti komponan dalam gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata bukti terbaru yang ditunjukkan kerajaan HARAPAN ialah sikap Kementerian Pendidikan.

Kata bekas anggota parlimen Temerloh cara menterinya mengendalikan isu bantuan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) begitu ketara menunjukkan HARAPAN didominasi DAP.

Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn? "Baru kelmarin menteri buat kenyataan. "Apabila DAP sound (tegur) maka hari ini menteri buat U-turn di selekoh tajam," katanya menyindir.

Mengiringi hantaran di Facebook Nasrudin ialah dua tangkap layar berita Malaysiakini mengenai isu bantuan SMPC.

Semalam dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik apabila tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC.

Kecaman itu keluarkan Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bercham, Ong Boon Piow.

Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn?


Maszlee sebelum itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai peruntukan kepada SMPC di negara ini.

Kata Maszlee sekolah-sekolah berkenaan - sama seperti sekolah agama persendirian - tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Justeru kkatanya mereka tidak akan menerima peruntukan daripada kementerian.

"Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di SMPC kerana ia tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn?


Bagaimanapun Maszlee kemudian dilaporkan media berbahasa Cina sebagai berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...