Friday, 6 July 2018

Kejutan Terbesar Perbicaraan Kes Najib

Kejutan Terbesar Perbicaraan Kes Najib. Peguam Negara Tommy Thomas tidak menyedari bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sophian Abd Razak, yang membicarakan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, mempunyai pertalian darah dengan seorang pemimpin Umno.

Menurut The Star, Thomas memberitahu wartawan demikian selepas Najib didakwa di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Kejutan Terbesar Perbicaraan Kes Najib. "Ini kali pertama saya mendengarnya," katanya.

Hakim Sophian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

Kejutan Terbesar Perbicaraan Kes Najib


Secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang.

Najib didakwa semalam atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...