Friday, 20 July 2018

Kejutan Di PRK Sungai Kandis

Kejutan Di PRK Sungai Kandis. Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Zawawi Mughni tidak menyangka terpilih mewakili parti itu pada 4 Ogos ini.

Zawawi, 47, yang juga guru agama berkata, beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khasnya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi kepercayaan kepada beliau.

Kejutan Di PRK Sungai Kandis.  Sehubungan itu, beliau berazam meneruskan usaha yang telah dimulakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiee.

“Banyak kawasan kampung yang masih perlukan pembelaan seperti longkang tersumbat, masalah sampah dan kemudahan lampu jalan yang perlu dinaik taraf.

“Kita meneruskan apa saja yang telah dilaksanakan oleh Mat Shuhaimi. Saya sempat bekerjasama dengan beliau dan saya yakin pengundi Sungai Kandis memang memerlukan pembelaan daripada pemimpin untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada majlis pelancaran jentera PKR untuk PRK DUN Sungai Kandis, malam tadi.

Semalam, Dr Wan Azizah mengumumkan Zawawi sebagai calon PKR bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

Kejutan Di PRK Sungai Kandis


Mengenai momentum jentera pilihan raya, Zawawi berkata, ia mendapat penyertaan yang menggalakkan.

“Semua pusat daerah mengundi hadir dan sebahagian pemimpin cabang serta seluruh Selangor turut hadir memberikan sokongan dan dukungan kepada jentera pilihan raya kali ini,” katanya.

PRK Sungai Kandis diadakan susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Kejutan Di PRK Sungai Kandis. Berdasarkan PRU ke-14 lalu, DUN Sungai Kandis mempunyai 50,800 pengundi dengan majoritinya ialah pengundi Melayu iaitu sebanyak 71 peratus, 15.62 peratus (India) dan 11.67 peratus (Cina). - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...