Sunday, 8 July 2018

Kejutan Dari Utara Tanah Air

PKR Kedah hari ini berkata, Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim belum menjadi ahli parti itu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, walaupun adik bekas menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim baru menghantar borang keahlian, tetapi permohonannya belum diluluskan.

“Kalau dia diluluskan, baru dia boleh diterima menjadi ahli. Bukan dia isi borang terus jadi ahli, tidak,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Ismail meninggalkan Barisan Nasional pada 19 Jun lalu dan menyuarakan hasrat menyertai PPBM, tetapi Ketua Pakatan Harapan (PH) dan PPBM Perlis, Amier Hassan berkata, pihaknya membuka pintu kepada orang kebanyakan dan ahli Umno terpilih, tetapi tidak mahu mengimport bekas pemimpin Umno seperti Ismail kerana bimbang mereka akan mencemarkan parti.

Hari ini, Ismail dilaporkan berkata, setiausaha Pakatan Harapan Kedah mempelawanya menyertai PKR.

Katanya, beliau menghantar borang penyertaan kepada PKR kerana tertarik dengan cara parti itu diurus tadbir dan tidak melihat banyak saingan serta ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti di negeri itu.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.

Terdahulu, PKR Perlis mempersoalkan tindakan setiausaha PKR Kedah menerima borang keahlian Ismail, walaupun PH sepakat tidak akan menerima penyertaan wakil rakyat Umno.

Mengulas lanjut, Azman berkata, tindakan PKR Kedah menerima borang Ismail tidak bermakna apa-apa kerana Biro Politik PKR yang akan meluluskan permohonan itu.

“Kalau terima pun yang luluskan pusat, bukan Kedah.”

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan sama ada Ismail akan diterima parti, di sebalik bantahan PKR Perlis. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. Great website. A lot of useful information here. I'm sending it to several pals ans also
    sharing in delicious. And certainly, thank you for your sweat!

    ReplyDelete
  2. jangan terima sapa2 dari parti umno selepas PRU... klau nak masuk sblm PRU
    dah kalah baru nak lompat dah kenapa

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...