Monday, 9 July 2018

Kejutan Dari Pejabat Syed Saddiq

Kejutan Dari Pejabat Syed Saddiq. Pegawai akhbar kepada menteri belia dan sukan, Numan Afifi, melepaskan jawatannya selepas dikritik dan dikaitkan oleh pembangkang menyokong gerakan tidak bermoral tertentu.

Numan berkata, beliau akan menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media kepada setiausaha akhbar baru yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

Kejutan Dari Pejabat Syed Saddiq. “Kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang menyebabkan mustahil untuk saya menjalankan amanah yang diberi. Justeru saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di kementerian.

“Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju selepas ini. Saya berhasrat mengulangi dan menegaskan kenyataan menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Numan berkata, beberapa siasatan sedang dijalankan bagi menjawab persoalan mengenai beberapa nama yang dikatakan tertera di laman web rasmi kementerian sebelum ini.

“Saya difahamkan oleh menteri tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah. Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada menteri atas peluang dan tunjuk ajar yang diberi.

Kejutan Dari Pejabat Syed Saddiq


“Menteri menghormati keputusan saya dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi. Justeru saya juga memohon supaya tidak dipanjang-panjangkan lagi polemik ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, sehingga kini belum ada seorang pun pegawai dilantik secara rasmi di kementerian samaada sebagai setiausaha politik, setiausaha akhbar dan pegawai tugas khas.

Beliau berkata demikian bagi menjawab bantahan sesetengah pihak berhubung pelantikan penganjur acara berbuka puasa “Big Iftar” tahun lepas, Numan sebagai “pegawai akhbar” beliau.

Numan dilaporkan menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kempen Pelangi itu dikaitkan dengan penganjuran “Iftar Gay” Jun lalu melibatkan golongan homoseksual.

Kejutan Dari Pejabat Syed Saddiq. Bulan lepas, Numan meletakkan jawatan sebagai setiausaha publisiti Pemuda DAP Subang dan ahli jawatankuasa DAP Bandar Utama atas kontroversi yang sama. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. I'm impressed, I have to admit. Rarely do I encounter a blog
    that's both educative and entertaining, and without a doubt, you have hit the nail on the head.
    The issue is something that not enough men and
    women are speaking intelligently about. I am very happy that I came across this during my
    hunt for something regarding this.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...